1. Tarif adalah senjata yang memang terbukti bagus untuk lindungi industri tempatan. Tak semua perdagangan bebas itu baik. Ada juga sistem yang tak adil.
2. Ada negara buat dumping di negara lain. Mereka jual barang dengan harga lebih murah di luar berbanding negara mereka sendiri untuk kuasai pasaran.
3. Benda ni persaingan tak adil. Untuk kes macam ni, tarif boleh dikenakan. Maksud saya, tarif perlu dikena pada sektor tertentu sahaja yang perlu.
4. Masalah besar akan wujud kalau semua benda dan semua sektor nak dikena tarif. Jika ini berlaku, produk yang dikena tarif tu akan jadi mahal kepada pengguna US dan lebih buruk kalau mereka tak boleh keluarkan barangan itu sendiri.
5. Masalah Trump ialah dia percaya semua benda nak kena tarif. Antara sebab kenapa dia buat macam ni ialah dia percaya kilang-kilang ni akan pindah ke US untuk elak tarif.
6. Pada 2019 bila dia kenakan tarif, ada syarikat yang pindah ke US. Tapi lebih banyak dari mereka yang tak pindah. Ada sebab lain selain tarif yang masih buatkan kos pengeluaran di US tinggi seperti kos buruh.
No comments:
Post a Comment