BIAR ORANG ISLAM TENTUKAN.. LAIN LAIN BANGSA TAK PERLU CAMPURTANGAN

 

Adrian Lim 


Sama ada umat Islam memerlukan garis panduan menghadiri perayaan, saya berasa itu perbincangan yg seharusnya diadakan di antara umat Islam.



Ada orang Islam berasa perlu.

Ada orang Islam berasa tidak perlu.


Apa pun pandangan umat Islam, sama ada ianya berniat politik atau berniat ikhlas, perkara ini seharusnya dibincangkan dalam kalangan umat Islam.


Sebaiknya, perkara ini, orang bukan Islam elak bercampur tangan dan elak mengeruhkan keadaan.


Tidak ada keperluan untuk ahli-ahli politik bukan Islam berlumba-lumba menjadi "juara orang bukan Islam".


Penglibatan orang bukan Islam hanya akan berlaku, apabila umat Islam yg membuat keputusan, menjemput wakil-wakil bukan Islam untuk memberi pandangan dan info lanjut tentang makna, sejarah, simbol, fungsi, warna dan lain-lain perayaan-perayaan bukan Islam.


Maka, DAP, MCA, MIC, Gerakan atau mana-mana pihak yg bukan Islam tidak harus berlumba-lumba "mengajar umat Islam nak buat apa".


The Muslims should decide what the Muslims want.

The non-Muslims should not teach the Muslims what to do.


Benda ini simple. Kita terbalikkan keadaan.


Apa perasaan orang Kristian, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan pemilihan paderi gereja?


Apa perasaan orang Buddha, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan penetapan peraturan tokong?


Apa perasaan orang Hindu, sekiranya orang Islam campur tangan dan buat kenyataan media tentang urusan pemilihan jawatankuasa kuil?


Itu pandangan saya. Sekian.


*Gambar sekadar hiasan



No comments: