MSO
BAIK BERINGAT KALAU MAKAN SIREH JANGAN SAMPAI MENJADI SEMPAH
Sesekali Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah bercakap, bau masam "sempah pinang" menyumbat busuk ke lubang hidung.
Beliau mengulas kenyataan Anwar Ibrahim yang menjadi pengredanan "D" diberikan Bersih terhadap kerajaannya sebagai tidak matang dan tidak bertanggungjawab, apabila Anwar menempelak, biarlah "D" kerana selepas ini akan jadi "A".
Anwar menganalogikan kepada sistem peperikasaan, daripada UPSR hinggalah ke peringkat SPM. Katanya tidak ada masalah kalau dalam UPSR dapat "D" kerana selepas ini dalam SPM dapat "A".
Analogi itu bagi Mohd Amar sebagai tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.
Enak dan sedap kalau memberi ulasan kepada orang. Apakah perumpamaan dan alasan diberikan oleh kita bertanggungjawab dan relevan? Misalnya bekas TMB Kelantan itu pernah memberi alasan kenapa pembangunan di Kelantan tidak ada, kerana ia disengajakan.
Katanya kita sengaja melambatkan pembangunan di Kelantan, menyebabkan alasan berkenaan digelak beramai-ramai orang di luar Kelantan. Dia tidak mengaku yang Kelantan tidak ada wang dan pemimpinnya konteng idea selain daripada menganjuran pesta dikit barat, ikan singgang dan dan pangkah gasing.
Jika hendak dituduh sebagai tidak bertanggungjawab, kenyatan Mohd Amar itu lagi tidak bertanggungjawab.
Makanya kalau anda memakan sireh pinang, berkapur dan bergambir jangan sampai menjadi sempah kerana bila bercakap ia akan tersembur dan memlilih kebusukan dan boleh menganggu kedamaian orang lain. Trims.