SEMBANG. ADA KUASA 33 BULAN APA PUN TAK LEH BUAT


Zuwairi Md Yusof

 PAS Pahang sembang gegak gempita di Muktamar konon nak tutup kasino jika menang PRU16 tetapi PAS Terengganu sokong program Vape yang Majlis Fatwa negeri Terengganu sendiri kata haram.Ini 💯 celaru haru biru.Anda masih boleh percaya?PAS kencing berdiri,BERSATU kencing berlari bolehlah.Haramkan Vape tapi event permotoran syarikat Vape sponsor PAS terima.










NGO2 Kesihatan kecewa dengan tindakan penganjur Perhimpunan RXZ yang melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dengan membenarkan syarikat v*pe menjadi penaja utama.Mereka telah menyalahgunakan platform ini untuk mempromosikan produk yang membahayakan kesihatan awam terutamanya kepada golongan Muda. 


❗ MELANGGAR AKTA : V*pe tidak boleh di promosikan secara terbuka apatah lagi dalam acara besar yang melibatkan orang ramai. 


Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang2 yang melindungi kesihatan masyarakat daripada kesan buruk produk tembakau dan vape.


❗ EDARAN V*PE dalam pakej T-shirt rasmi – satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab!


Ini adalah pencabulan jelas undang2 yang melindungi masyarakat kita daripada bahaya produk v*pe terutama bagi golongan Muda yang mudah terpengaruh.Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa taktik kotor ini! Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi ia juga mencemarkan nama acara dan memberi contoh buruk kepada masyarakat. 


Katakan TIDAK kepada promosi v*pe dan pertahankan kesihatan awam kita!



No comments: