SANUSI BELAJAR DARI MB COKIA. BIASA BILA OTAK KAT LUTUT.

 


Masa PRN...dia kata MB Selangor cokia sampai terlanjur hina Sultan. 



2024 dia mai nak belajar dengan MB cokia


Sebenarnya siapa yang cokia?


Tentu kita tahu jawapannya. 


................................................................


Rombongan Sanusi dan Kerajaan Kedah mai Selangor buat apa?


Pada Disember tahun 2020, Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Amirudin Shari telah menubuhkan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).


Tujuannya untuk membuat kerja-kerja penyelarasan pemetaan utiliti bawah tanah (underground utility mapping).


Di bawah tanah kita berpijak, di bawah jalan raya, di bawah bangunan dan sebagainya terdapat banyak infrastruktur-infrastruktur utiliti seperti kabel telekomunikasi, kabel elektrik, paip air, paip loji kumbahan dan sebagainya yang ditanam oleh pihak-pihak yang berbeza.


Tanpa peta utiliti bawah tanah yang bersepadu, kemalangan boleh berlaku.


Contohnya...


Apabila pemaju tebuk tanah buat "piling", paip air dipecahkan secara tidak sengaja. Habis satu Selangor putus bekalan air.


Apabila kontraktor jalan raya korek tanah buat "foundation" jalan, kabel elektrik dicabut secara tidak sengaja. Habis satu daerah putus bekalan elektrik.


Kejadian-kejadian "sinkhole" yang berlaku di Masjid India KL dan Bangsar South KL pada baru-baru adalah contoh kejadian-kejadian malang di mana Kerajaan Selangor mahu elakkan.


Sebab itu Kerajaan Selangor mengambil inisiatif menyelaras peta-peta utliti di bawah tanah, agar lokasi-lokasi terperinci infrastruktur-infrastruktur utiliti yang ditanam di bawah tanah ini boleh dikenal pasti dan diselaras.


Mengapa Kedah pilih Selangor?


Selangor adalah negeri terpesat membangun dengan kepadatan penduduk tertinggi di negara ini.


Dengan hakikat dan realiti ini, Selangor lah negeri yang paling berpengalaman dalam selok belok bidang pemetaan utiliti bawah tanah.


Makin pesat pembangunan, makin banyak infrastruktur utiliti ditanam di bawah tanah.


Jadi Sanusi dan Kerajaan Kedah mai Selangor pada kali ini, untuk belajar benda ini.


Kedah melalui Utiliti Infra Darul Aman (UIDA) mahu belajar dan mencontohi kejayaan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).


Kedah datang dengan hormat.

Kita pun sambut dengan tangan terbuka.


InsyaAllah usaha murni ini memanfaatkan rakyat dan penduduk kedua-dua negeri dan negara.


#KitaSelangor 

#FriendsOfSelangor



No comments: