ISLAH
"Kat Penang, Islam terjejas. Nak azan pun tak boleh!"
Saban tahun itulah dakyah yang dilaung-laungkan setiap kali berlaku pilihanraya. Formulanya mudah. Selit sikit ayat Al Quran untuk rencah² ceramah, sebarkan cerita-cerita fitnah, kemudian tanamkan sifat benci kepada yang bukan Islam. Entah betul, entah tidak, yang pentaksub terima sahaja bulat-bulat.
Bukankah kita orang Islam dituntut untuk selidik setiap satu berita yang kita dengar? Disebut jelas dalam Surah Al Hujurat ayat 3:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”