USTAZ APA KAH YANG TAK FAHAM HUKUM HAKAM.... PENAKUT JUGA... PERTAHANKAN LAH APA YANG DI KATA TU.

 



Mohd Fairul Al Qasas



Azman bin Sulaiman adalah seorang guru agama KPM.


Dia sebut PMX "bahey punggung"


Kononnya dia bersandar kepada keputusan mahkamah.


Keputusan mahkamah syariah pun kita tak boleh panjangkan dalam bab qazaf ni, apatah lagi mahkamah sivil yang kaedah pendakwaan dia tak ikut syariah.


Ustaz jenis apa dia ni? Saya bukan ustaz. Saya belajar agama untuk pertamanya diri saya dan keluarga.


Kalau video penerangan Saya salah, sila betulkan.


Hari ini dia Azman Sulaiman dah minta maaf.


Tapi, kefahaman kononnya petik kes mahkamah untuk meneruskan atau memanjangkan kes Qazaf adalah tidak betul.


Saya mohon para mufti bangkit untuk nyatakan adakah boleh petik kes mahkamah untuk tuduh orang tu zina, liwat?


Para mufti kena tegas, sebab lulusan agama juga nampaknya keliru.