Bantu Guru PASTI untuk dapat gaji bermaruah.

 

Bantu Guru PASTI untuk dapat gaji bermaruah.





Saya agak terkilan dan malu apabila MP Alor Star dari PAS dalam sidang Parlimen, mempertikaikan usaha JTK untuk menyiasat sekolah-sekolah Pasti, Siti dan Smiti.


Kata YB Afnan, guru Pasti adalah sukarelawan.  Mereka bukan pekerja.


Dengan maksud lain, Guru Pasti tidak tertakluk kepada akta kerja, tidak perlu gaji minimum dan tidak perlu caruman KWSP dan Perkeso. 


Kenyataan YB Afnan ini bukan perkara baru, sejak dahulu lagi Pasti berlindung disebalik aktiviti Dewan Pemuda Pas.


Namun, PAS tidak boleh anggap perkara ini selesai begitu sahaja. Didalam Islam pun, ia memerlukan redha kedua belah pihak.


Apabila ada pihak yang tidak redha, maka ia tidaklah boleh dianggap sebagai sukarela dan boleh dihamba abdikan. 





Pada tahun 2021 semasa Pas berada didalam kerajaan, beberapa orang guru Pasti dari Kedah telah mengadu nasib mereka di Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Ini tanda mereka tidak redha.


Jabatan ini telah mengesahkan yang guru-guru Pasti adalah pekerja, bukan sukarelawan dan tertakluk kepada akta pekerja.


Kes ini diputuskan pada tahun Mei 2022. Masih zaman PNPAS. 


Kemudian pada September 2023, mahkamah tinggi telah menolak keputusan JTK yang mendenda Pasti Ibnu Malik sebanyak RM20 ribu.


Keputusan mahkamah tinggi adalah pada denda kerana ada isu dalam menentukan hak pemilikan Pasti Ibnu Malik. 


Namun dalam hal menetapkan bahawa guru Pasti adalah pekerja, tidak diusik. Maknanya tafsiran guru Pasti sebagai pekerja dan tertakluk dibawah akta pekerja adalah sah dan diteruskan. 


Siapa Timbalan Menteri Sumber Manusia pada tahun 2022? MP Pendang dari PAS.


Kini, KSM dengan arahan kabinet telah mengeluarkan arahan supaya semua Pasti, Sriti dan Smiti disiasat dari segi gaji guru-guru,  caruman KWSP dan Perkeso. 


Arahan ini bukanlah usaha untuk mengacau dan menutup Pasti dll, tetapi ini adalah untuk membantu.


Dalam konsep Malaysia Madani adanya Hormat dan Ihsan.


Adakah Pas menghormati guru-guru Pasti dll dengan memberikan elaun yang rendah? Sedangkan pemimpin mereka memakai kenderaan mewah?


Apakah Pas meletakkan sikap Ihsan kepada guru-guru Pasti dll dengan elaun yang sangat rendah setaraf budak intern, tapi perlu bekerja dari pagi ke petang?


Oleh itu arahan KSM ialah untuk membantu dan menyelamatkan.


Pusingan kemiskinan. 

Pas telah meletakkan guru-guru Pasti hanya sebagai sukarelawan. Dengan elaun yang rendah tentunya dengan ganjaran pahala.


Guru-guru diminta setia atas dasar perjuangan, tapi dibiarkan hidup susah. Kemarahan akibat kesusahan disalurkan kepada kerajaan memerintah kononnya barang mahal dll.


Sedangkan sebenarnya mereka bergaji kecil dan tidak mampu.


Jika ada guru Pasti yang bijak sikit, berfikir dan melawan, mereka di pecat. Eh tidak pula boleh jadi sukarelawan. 


Oleh itu melalui Kerajaan Madani, KSM cuba bantu agar guru-guru Pasti dll mendapat,

1. Gaji minimum✅️

2. Caruman KWSP untuk masa depan ✅️

3. Caruman Perkeso untuk keselamatan ✅️


Saya juga suka mencadangkan agar premis Pasti juga disiasat agar mematuhi,

1. Garis panduan PBT✅️

2. Garis panduan bomba✅️


Selain itu, disebabkan Pasti menerima pelajar seawal dari 4 tahun, maka perlu patuh kepada,

1. Garis panduan JKM✅️

2. Garis panduan KKM ✅️

3. Garis panduan KPM✅️


Biarlah semua sekolah tidak kira Pasti atau apa, ada semua keperluan seperti yang disebutkan diatas.


Jika KPM dan JKM mendapati ada loophole atau ketempangan dalam undang-undang sedia ada yang menyebabkan Pasti dll terkecuali dengan garis panduan yang sepatutnya,  maka pindalah undang-undang agar kita dapat memastikan anak-anak dan generasi kita selamat dan sihat.


Demi negara ini, KPM juga perlu memantau silibus di Pasti dll. Acap kali mereka mengajar anak-anak dengan tema kemerdekaan yang berbeza dengan negara. Lagu Negaraku dengan video latar yang tidak standard dan mengenepikan kepimpinan negara. 


Pasti perlu bersaing secara adil

Ada yang mengatakan yuran Pasti dll akan meningkat jika perlu melalui pelesenan PBT, Bomba, gaji minimum dan caruman KWSP serta Perkeso. 


Ya, kos akan meningkat, tetapi keadilan akan tertegak. Prinsip Islam ialah menegakkan keadilan. Keadilan bukan sahaja pada guru-guru Pasti dll, tapi juga para pelajar.


Para pelajar di Sriti dan Smiti kebiasaannya menjadi mangsa dengan kekerapan pertukaran guru kerana guru yang berpengalaman mencari peluang pekerjaan dengan gaji lebih baik.


Keadilan juga pada pelajar dari segi keselamatan. 


Para guru Pasti, Sriti dan Smiti...usah marah. KSM sedang cuba membantu anda.


Kepada ibu bapa, jangan melatah dan jangan seronok biarkan guru Pasti dll hidup bawah garis kemiskinan. Adakah adil kita kita selesa atas penderitaan orang lain?


Kepada Kerajaan Madani, teruskan usaha anda. Lakukan yang terbaik, bukan pada Pasti sahaja, tapi pada semua sekolah yang wujud di Malaysia tanpa mengira aliran apa dan siapa pemiliknya. 


Hormati guru Pasti, henti tindas guru Pasti.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


Fadhlina Sidek 

Steven Sim Chee Keong 沈志强 

Nga Kor Ming 倪可敏 

Nancy Shukri 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM 

Kementerian Pendidikan Malaysia 

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)