Saya dan Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini bagi lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Lawatan ini juga atas jemputan rakan sejawat saya Anthony Albanese yang mana ia akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.
Sayugia, saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.
Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI