TAKKKKDDDDIIIIIRRRRRRR

 


KAMSIAH HAIDER


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan terhadap Menteri Besar Kedah tidak dihentikan, walaupun sudah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, turut menegaskan bahawa permohonan maaf bukan satu pembelaan dari segi undang-undang.




 

Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dijangka menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan, apabila dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di Selayang, esok.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Carian menerusi laman e-filing mahkamah, menunjukkan Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang.

Pendakwaan terhadap Sanusi akan dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berdasarkan ucapannya ketika menghadiri satu acara ceramah politik PN di Selayang pada 11 Julai lalu, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh isu perkenan Sultan Selangor dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar di negeri itu.

Dalam ucapan yang tular, beliau membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan Datuk Seri Amirudin Shari yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor.

Sekurang-kurangnya 57 laporan polis dibuat beberapa pihak terhadapnya susulan ucapan terbabit, menyebabkan Sanusi disiasat berhubung ucapan yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.

Susulan kejadian itu, pada Sabtu lalu, Sanusi mengutuskan sepucuk warkah memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Sharafuddin Idris Shah.

Pada jam 2 pagi hari sama, Sanusi memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman.

Dalam kenyataan susulan, beliau mendakwa ucapannya pada majlis itu, sengaja diputar belit oleh musuh politik bagi menimbulkan salah faham.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan terhadap Menteri Besar Kedah tidak dihentikan, walaupun sudah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, turut menegaskan bahawa permohonan maaf bukan satu pembelaan dari segi undang-undang.

Azalina berkata, walaupun Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan bersuara kepada setiap warga Malaysia, namun ia tertakluk kepada Perkara 10(2) Perlembagaan bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

"Sesiapa yang membangkitkan isu membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang," katanya.





No comments: