IDEA SANUSI SEBENARNYA UMPAMA MAHU MENJUAL TANAH DAN KUASA MELAYU KEPADA BANGSA LAIN. DIA SEMBANG BERKAITAN AGAMA DAN BANGSA,TETAPI IDEA DIA AMAT MERBAHAYA BUAT ORANG KEDAH..



Elok la Pulau  Pinang bawah kedah.  Kerusi PH ada 46(33+13) PAS  hanya 24 (23+1). Maka KM Penang akan jadi MB  kedah. Penang dah sendat boleh la rakyat Penang hijrah ke kedah yang banyak lagi tanah kosong. 


Untung orang Penang. Macam wilayah konon takut DAP maka diistihar wilayah pada 1 feb 1974. Sekarang Selangor dan wilayah pun sudah bawah harapan.

Siapa kata idea Sanusi kolot. Sanusi tak cerdik. Bila kita masuk Kedah, Pas dah tak boleh kuat lagi Sanusi nak menjahanamkan Pas dan orang Penang, Melayu atau cina, kita dah biasa duduk muhibah. 

Pemodal Melayu dan Cina Penang boleh kerjasama. Kita boleh kawteam beli tanah bendang , dan kita buat kondo. Orang Melayu dan cina boleh tinggal di flat atau kondo bersama dan menjadi jiran.Kita dah biasa di Penang.

Kita sekolah pun bercampur. Kita kerja pun bercampur. Kita boleh jadikan kedah kaya raya kerana Sanusi tak punya modal nak bagunkan Kedah.Kita boleh lakukan dengan kebijaksanaan kita menguruskan Penang.

Idea Sanusi memang bengap. Dia nak miskinkan lagi rakyat Kedah. Kalau sesiapa yang tolak idea Sanusi, mereka tidak memikirkan jangka panjang.

Kita tak perlu lagi berebut Sungai Muda dan bayar lagi pada Kedah. Duit itu kita bangunkan Kedah menjadi seperti Penang..tiada miskin semua ada rumah industri kita kembangkan Wilayah P.Pinang. Bendera kita gabungkan padi dan jambatan. Wilayah Pulau Pinang. Sanusi masa tu jadi tukang lawak.

Kita jadikan sawah padi lebih banyak pengeluaran. Macamana kita buat di Penang. Padi kita lebih banyak hasilnya walau tanah  kitab sedikit. Kita keluarkan hasil pertanian dan majukan pertanian.


Kita boleh lakukannya. Sanusi memang tak punya idea lain selain nak lingkupkan Melayu. Angan angan Mat Jenin beliau tidak mampu dilaksanakan. 


Lagu mana rakyat Kedah ?  Hangpa nak bersaing ka macamana kami bersaing sama ada dalam bidang pendidikan dan lain lain. Hangpa tengok sendirikan..walau anak Melayu tak ramai tapi rata rata punya pendidikan . 

Kami maju 40 tahun ke depan berbanding Kedah. Kami lalui persaingan dalam berbagai bidang. Sebab itu ramai warga Penang terkenal dalam banyak bidang.

Untuk orang Kedah , idea ni camdek. Tapi hangpa jangan kata idea ni tak boleh jadi.Nak ubah Kedah hangpa kali ni lah supaya ayaq ada balik. Anwar akan kotakan janji dia. Hangpa nak harap apa pada MB yang suka bekelahi dengan semua orang. Hangpa tengok Kelantan. Maju mana depa. ???. Tak dak..apa pun depa tak boleh buat.

Oleh kerana negeri kita maju, kita tak perlukan lagi lapangan terbang angan angan Sanusi. Dari Buterworth/ Bagan punya port. Kita boleh sambungkan ke HiTech Kulim Insudtries dengan jaringan jalan keretapi. Pengangkutan melalui jalan keretapi lebih jimat dan banyak kontena kita dapat angkut ke Butterworh Penangport.. Kita telah rancang ini 7 tahun yang lalu. Idea sanusi memakan tanah orang Melayu. Tetapi Melayu tertinggal.

Pengambilan tanah untuk keretapi dari kulim tak seluas membina sebuah lapangan terbang baru. Kita boleh sediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kedah. Tidak seperti Sanusi, idea dia sukar dilaksanakan kerana kekangan kewangan dan sikap sombong sanusi.

Akhir kata ,bagi walaun di Kedah, hangpa kena bersedia 10 tahun lagi kalau hangpa menangkan Pas dan idea untuk satukan Penang dan Kedah,orang Melayu di kampung akan hilang banyak tanah untuk penempatan baru,rumah banglo dan lain lain kediaman yang mewah. Kami orang Penang suka dengan suasana sawah padi hijau menguning dan kesesakan jalan sudah boleh dikurangkan. Idios orang Kedah. Idea Sanusi meruntuhkan bangsa Melayu Kedah.


Idea  : WRLR.