PERTUMBUHAN KDNK MALAYSIA 5.6%


AdrianLim Chee Ann




PERTUMBUHAN KDNK MALAYSIA 5.6%

(Antara yang tertinggi di rantau)


Baru-baru ini berita ekonomi dunia seperti Bloomberg dan Asian Nikkei melaporkan perkara di atas. Mereka puji Malaysia kerana pencapaian tersebut melebihi unjuran pakar-pakar ekonomi.


Tetapi mungkin masih ramai tidak mengerti “pertumbuhan ekonomi antara tertinggi di rantau ini”.


Saya cuba jelaskan dalam bahasa terpaling mudah.


KDNK bererti nilai pengeluaran sesebuah negara.


Tukang jahit kat Jalan TAR buat baju;

Pekebun kat Cameron tanam dan jual sayur;

Kilang kat Johor bikin perabot.


Ini semuanya pengeluaran yang terhasil oleh rakyat/syarikat sesebuah negara. Pengeluaran terhasil ini boleh diukur dan mempunyai nilai ekonomi.


1 pasang baju dijual RM100.

1 tan sayur dijual RM1,000.

1 set perabot dijual RM10,000.


100, 1,000, 10,000 ini semuanya nilai ekonomi. 


Kita campurkan kesemua nilai-nilai pengeluaran syarikat/individu kat Malaysia. Maka terbentuklah suatu jumlah besar yang dipanggil KDNK.


30 juta rakyat punya segala perniagaan, pendapatan, perbelanjaan dan sebagainya kita campurkan.


Maka terjadinya pada tahun 2022 sebagai contoh, KDNK Malaysia mencecah RM1.8 trilion.


KDNK menurun/perlahan apabila negara mengalami kegawatan ekonomi (atau recession) seperti yang berlaku pada tahun 2020 tahun 2021 semasa Abah menjadi PM.


Tukang jahit kat Jalan TAR kurangkan/stop buat baju.

Pekebun kat Cameron kurangkan/stop tanam sayur.

Kilang perabot kurangkan/stop buat perabot.


Pengeluaran dikurangkan/stop, jadinya pendapatan syarikat pun berkurang.

Pendapatan syarikat berkurang, jadinya syarikat terpaksa memberhentikan pekerja untuk kurangkan kos operasi.

Pekerja diberhentikan, jadinya pekerja tiada pendapatan.

Pekerja tiada pendapatan, jumlah perbelanjaan berkurang.


Ramai-ramai punya jumlah perbelanjaan berkurang, kuasa membeli menyusut dan seluruh ekonomi negara mengalami “slowdown”.


Itu kesannya.


Tetapi………. apabila sebaliknya berlaku, iaitu apabila Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK 5.6% pada suku pertama tahun 2023, ini bererti segala perkara buruk yang dijelaskan di atas itu, sebaliknya sedang berlaku.


Syarikat tingkatkan pengeluaran, jadinya keperluan pekerja meningkat.

Keperluan pekerja meningkat, jadinya semakin ramai mempunyai pekerjaan.

Semakin ramai mempunyai pekerjaan, jadinya semakin ramai mempunyai pendapatan.

Semakin ramai mempunyai pendapatan, jadinya jumlah perbelanjaan meningkat.

Semakin meningkat jumlah perbelanjaan, jadinya kuasa membeli meningkat.


Faham?


Jadi apabila pertumbuhan KDNK Malaysia disahkan antara tertinggi di rantau ini, ini bererti “improvement” kita dari tahun lepas adalah lebih hebat berbanding negara-negara lain.


Negara-negara lain bukannya tidak improve.

Mereka improve.

Singapura 0.1%, Amerika Syarikat 1.1%, China 4.5%, Indonesia 5.3%.


Tetapi improvement mereka tidak sehebat kita. Kadar penambahbaikan kita lebih hebat berbanding negara-negara lain.


Nak kata negara kita sudah hebat? Tidak.


Tetapi ianya boleh dirumuskan bahawa kita berada pada landasan yang betul.


Kita maintain improvement yang baik, tidak lama lagi kesannya akan dirasai pelbagai genap lapisan masyarakat.