Meriah sungguh majlis berbuka puasa anjuran bersama oleh Pusat Khidmat Parlimen Jelutong, kariah Masjid Sungai Pinang, dan UMNO Bahagian Jelutong.
Kehadiran Ahli Parlimen Jelutong sdr RSN Rayer dan ADUN Sungai Pinang Lim Siew Khim memeriahkan suasana disamping menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk setempat.
Saya yang turut hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2023 tersebut ikut menyampaikan sumbangan wang, bakul makanan dan bubur lambuk kepada penduduk.
Ini usaha kecil kami untuk mengurangkan kos sara hidup dan belanja rakyat. Semoga mereka dapat menyambut hari raya dengan lebih meriah dan ceria.
Turut hadir setiausaha politik saya, Sdr Wong Hon Wai, pengerusi Masjid Jamek Sungai Pinang, Tuan Haji Rahman Bistaman, Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Dato Haji Abdul Razak, ahli majlis MBPP, Nicholas Theng Jie Wey, dan pengerusi MPKK Kampung Maqbul, Encik Muhamad Nayim.