Dari dalam pagar penjara ‘dimuliakan’ di dalam pagar Istana




FOTO YANG BUAT AIR MATA BERGELINANGAN


Norman Radzuan



Mungkin utk mereka foto ini biasa2 sahaja tapi utk saya ia luar biasa dan sayu melihatnya. Saya lalu terkenang kata2 DS Anwar selepas beliau keluar dari penjara, “ Saya dari santapan Istana hingga Santapan Penjara semua saya sudah rasa.”


DS Anwar menaiki ‘takhta’ sebagai Perdana Menteri bukan semudah Perdana Menteri2 sebelum ini. Tun Razak menjadi PM selepas jawatan itu diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein Onn menjadi PM selepas pemergian Tun Razak. Tun Mahathir menjadi PM selepas Tun Hussein meletak jawatan kerana masalah kesihatan. 


Tun Abdullah Badawi menjadi PM selepas jawatan itu diserahkan kpdnya oleh Tun Mahathir. DS Najib menjadi PM selepas Tun Abdullah menyerahkan jawatan itu kepadanya. 


Tun Mahathir sekali lagi menjadi PM selepas PH beri kepercayaan kpdnya. TS Muhyiddin menjadi PM kerana berpakat dgn parti2 yg ada selepas Tun Mahathir melepaskan jawatannya. 


DS Ismail Sabri menjadi PM selepas TS Muhyiddin merasakan dirinya tiada lagi dpt kepercayaan majoriti ahli Parlimen dan akhirnya meletakkan jawatan dan menyerahkan kpdnya. Laluan semudah PM sebelum itu tidak dirasai oleh insan bernama Anwar Ibrahim.


Beliau terpaksa melalui detik2 yg sgt sukar yg tidak pernah dirasai oleh mana2 pemimpin negara ini. Dari zaman bergelar Mahasiswa beliau dipenjarakan. 


Kemudian 1998 disaat selangkah lagi bergelar PM beliau diaibkan,dipenjarakan malah dibogel dan dipukul di dlm penjara. Deritanya turut dirasai oleh seluruh ahli keluarga yg membesar tanpa kasih sayang seorang suami dan ayah.


Beliau keluar beliau lawan lagi. Sekali lagi beliau dipenjarakan. Kemudian partinya menang selepas 20 tahun berjuang dan sekali lagi beliau hanya perlu menunggu masa bergelar PM tetapi dikhianati oleh Tun Mahathir yg tidak mahu menyerahkan jawatan itu kpd DS Anwar dgn pelbagai alasan yg mengarut.


Dlm usia yg melewati 70an dan lebih 24 tahun berjuang… dgn izin Allah tanpa disangka beliau sendiri, dirinya diangkat sebagai PM. Qun Fayakun Allah ingin tunjukkan kpd kita berkumpul semua manusia2 hebat tidak akn mampu mengatasiNya.


Dari seorang banduan yg dihina… Allah memuliakannya. Ke mana sahaja Istana menyambut beliau dgn Sultan2 memberi penghormatan yg luar biasa kdp DS Anwar. 


Gambar Sultan Johor memandu sendiri menghantar DS Anwar dan bersama sama mendoakan perjalanan pulang agak luar biasa utk saya.


Sultan Brunei ketika di KL menjemput DS Anwar duduk di sebelahnya dan baginda memandu sendiri. Begitu juga baginda memandu sendiri buggy ketika lawatan DS Anwar ke Brunei sungguh menyentuh hati.


Hebatkan ceritanya dari dalam pagar penjara kini diberi penghormatan di dalam pagar Istana. Laluan sukar mu Allah berikan ganjaran luar biasa kerana kesabaran mu melalui pelbagai dugaan yg sgt luar biasa yg tidak ramai sanggup menghadapinya.


Bagi saya dialah pemimpin yg dicari cari. Sanggup menderita kerana rakyat bukan seperti sesetengah pemimpin2 yg sanggup melihat rakyat menderita dan diri mereka hidup kaya raya.