KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Khas yang bertemakan
Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisme. Kongres Khas ini akan diadakan
pada 18 Mac 2023, Sabtu dari jam 9:00am sehingga 6:00pm bertempat di Stadium
Malawati, Shah Alam.
Kongres Khas ini akan dibarisi pembahas-pembahas dari setiap
negeri yang akan membahaskan usaha-usaha pelaksanaan dan arah tuju Parti dalam
menterjemah idealisme Malaysia Madani yang dibawa oleh Presiden KEADILAN Dato
Seri Anwar Ibrahim selain menyentuh isu-isu politik semasa dan arah tuju
kerjasama politik KEADILAN terkait pelaksanaan Pilihanraya Negeri.
Justeru setiap anggota dan penyokong KEADILAN dijemput hadir ke
Kongres Nasional Khas dengan mendaftar di pautan berikut:
Selamat berkongres!