By
Anwar Ibrahim with other coalition leaders in government - AFIQ
HAMBALI/PRIME MINISTER'S OFFICE
“Kerajaan perpaduan” Malaysia mengadakan sidang parlimen
pertamanya pada 13 Februari, tiga bulan selepas ditubuhkan.
Kerajaan yang muncul daripada pilihan raya umum tahun lepas
mungkin tidak disenangi semua pihak, tetapi inilah yang negara ada buat masa
ini. Tak semuanya sempurna namun kabinet serta wakil rakyat yang ada sekarang
mesti melakukan apa yang perlu untuk memajukan negara.
Pembaharuan
undang-undang
Sesuatu yang sudah lama patut berlaku, namun akhirnya kabinet bersetuju bagi meminda peraturan
berkaitan kerakyatan di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi wanita Malaysia
untuk mempunyai hak dalam memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka,
walaupun mereka dilahirkan di luar negara kepada bapa berwarganegara asing.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri
Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said dalam satu
kenyataan bersama berkata cadangan pindaan itu dijangka akan dibentangkan dalam
mesyuarat parlimen semasa.
Kita perlu melihat apa yang akan berlaku kemudiannya. Namun, ini
merupakan sebuah langkah ke hadapan di dalam memastikan kesaksamaan jantina dan
hak kanak-kanak dijamin.
Pada awal tahun ini, sebuah sesi penglibatan melibatkan pelbagai
pemegang taruh bagi cadangan pindaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 telah diadakan.
Pejabat Azalina berkata dalam satu kenyataan bahawa “pindaan
kepada Akta yang berkaitan adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem
keadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan
kanak-kanak”.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign
up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make
a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Pihak pemegang taruh membincangkan pelbagai kebimbangan,
termasuklah cabaran yang dihadapi semasa proses penyiasatan, pendakwaan,
perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan
saksi kanak-kanak.
Undang-undang yang berkesan sudah pasti diperlukan bagi
melindungi mangsa jenayah seksual serta untuk mendakwa pelakunya. Sama
pentingnya juga ialah penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang ini,
termasuklah garis panduan tentang cara mengendalikan mangsa jenayah seksual.
Ketika dialog melibatkan badan kehakiman negara pada Oktober
lalu mengenai cara untuk menambah baik proses mahkamah yang melibatkan mangsa
jenayah seksual kanak-kanak, yang dianjurkan oleh Women’s Centre for Change
Penang, WCC membentangkan data daripada kajian kecil tentang isu dan cabaran
yang dihadapi mangsa kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah.
WCC memberi tumpuan kepada 35 kes jenayah seksual yang
melibatkan kanak-kanak terutamanya di mahkamah Pulau Pinang di antara 2018 dan
Ogos 2022, di mana WCC telah menyediakan sokongan untuk mangsa dan keluarga
mereka.
Data mendedahkan bahawa:
• Dalam 77% kes, mangsa kanak-kanak hanya menerima taklimat
pra-perbicaraan hanya pada hari perbicaraan
• Dalam 86% kes, tiada permohonan telah dibuat untuk penggunaan
pautan langsung video di mahkamah; walau bagaimanapun, skrin (penghalang
fizikal antara tertuduh dan mangsa) digunakan dalam 74% kes
• Dalam 26% daripada kes ini, kanak-kanak itu atau keluarga
kanak-kanak itu menyebut berlakunya ugutan semasa proses keadilan jenayah;
daripada jumlah ini, satu pertiga telah keluar atau menarik balik aduan mereka
• Dalam 77% kes di mana kanak-kanak memberi keterangan,
kanak-kanak itu sendirian di mahkamah, tanpa adanya wakil sokongan.
Perundangan dan garis panduan memang wujud bagi melindungi dan
menyokong mangsa dalam semua keadaan yang berlaku di atas.
Realiti sebenar bagi ramai mangsa, bagaimanapun, menceritakan
kisah yang berbeza. Jika mangsa berasa takut atau gentar, mereka tidak akan
dapat memberikan keterangan secara penuh. Lebih teruk lagi, mereka mungkin
terkeluar daripada sistem keadilan jenayah, dan ini pastinya menjejaskan hasil
kes.
Mangsa dan saksi akan memberikan keterangan yang lebih baik
apabila mereka berasa selamat, tidak takut, bersedia dan disokong semasa proses
mahkamah.
Menggubal atau memperhalusi undang-undang bagi memastikan
keberkesanan sistem keadilan jenayah dalam mengendalikan kes-kes kesalahan
seksual yang melibatkan kanak-kanak adalah kritikal.
Namun, penekanan dan pelaburan yang sama mesti diberikan kepada
penginstitusian sokongan dan latihan patut diberikan kepada penyedia
perkhidmatan dan pihak berkepentingan dalam sistem keadilan jenayah.
Pelaksanaan undang-undang dan garis panduan juga harus sentiasa
dipantau. Ini akan memastikan sokongan yang lebih baik bagi mangsa yang melalui
sistem keadilan jenayah.