SAYA BERI 100 HARI UNTUK PEMBANGKANG !



NORMAN RADZUAN


Jangan layan LANGAU, KPI 300 hari makes sence

ROM TIDAK DIBANGUNKAN DLM SEHARI

‘Kota Rom tidak dibangunkan dlm sehari’ bermaksud sesuatu perubahan itu memerlukan proses, perjuangan dan waktu. Pencapaiannya menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah utk mendominasi kuasa pemerintahan dan terbina kota Rom yg gah itu.

Begitulah Malaysia sebuah negara yg sakit. DS Anwar ketika bertemu dgn KSN dan Pegawai2 nya bila dimaklumkan hutang negara sebanyak RM 1.3 trillion…beliau terdiam seketika, memejamkan matanya dan menarik nafas Description: 😭barangkali di hatinya berkata…” Negara ini sedang nazak”.

Namun musuh politiknya terus menyerang tanpa ehsan malah penuh dgn dendam walaupun beliau baru mengangkat sumpah dan belum lagi menyeneraikan barisan kabinetnya. Sedangkan jika kita berniaga mustahil dlm seminggu kita diminta utk membuktikan kesuksesan bisnes kita.

Ditanya saya adakah patut kerajaan ini yg mengambil alih dari sebuah negara yg sakit tenat diberi tempoh 100 hari utk melihat petunjuk prestasi utama (KPI). Kerajaan jgn berjanji tempoh tersebut dan tempoh terbaik utk menilai KPI tersebut adalah 300 hari.

Ibarat seorang Dr menerima pesakit iskemik stroke utk disembuhkan dlm tempoh yg sama dgn pesakit minor stroke. Jadi kena makes sence sepertimana utk menyembuhkan penyakit yg dihadapi negara yg berhutang lebih RM 1 trillion.

Selepas 300 hari barulah kita menilai KPI adakah ia mencapai sekurang kurang 80%-90% kejayaan di setiap kementerian. Namun ia bukan full stop tetapi comma… iaitu reformasi itu mesti berterusan. KPI sebenarnya kerajaan Perpaduan secara keseluruhan adalah menjelang Oktober 2027.

———————————————————————————-

MUHYIDDIN DAN HADI JGN JADI LANGAU

Seperti saya jangka pengumuman Kabinet Anwar, ia pasti mendapat kritikan bakal Ketua Pembangkang, Muhyiddin Yassin. Beliau tidak pernah positif dan tidak pernah jujur walaupun saham dan ringgit mengalami pemulihan.

Pandangan saya jgn dilayan ‘langau’ ini. Teruskan agenda pemulihan ekonomi dan perpaduan kaum. Bila Muhyiddin menjual pantun dan dan PH sudah membelinya skg tiba giliran utk menjualnya kembali.

Baik Muhyiddin kamu kata ini Kabinet paling mengecewakan dlm sejarah skg kamu jawab ini?

1) Agong telah meminta kamu bekerjasama dgn PH utk membentuk kerajaan Perpaduan tetapi kamu dgn angkuh menolak. Lalu kamu kata kerajaan ini paling mengecewakan.

2.) Ketika kamu menjadi Perdana Menteri adakah dgn menggunakan berbillion dana rakyat membentuk kabinet paling besar dlm dunia itu terbaik?

Adakah Scheme of things helah yg digunakan oleh kamu Muhyiddin untuk mengkhianati mandat rakyat 2018 itu bermaruah utk ghanimah secara besar besaran?

3) Adakah dgn menggunakan RM600 billion dlm pemerintahan yg singkat itu bermaruah dan telus?

Rakyat tidak diberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang wenang tanpa ada tatacara yg jelas.

—————————————————————————-

Sepatutnya bila Muhyiddin mengaku ingin menjadi pembangkang yg wibawa sebagai chk and balance kerajaan memerintah, mantan PM ini mesti melihat perspektif lebih luas dan profesional demi kesejahteraan rakyat.

Jika dahulu parti atau gabungan dlm kerajaan ini bermusuh, namun kali ini demi kesejahteraan rakyat, mereka sanggup mengetepikan ego dan bekerjasama atas semangat memperbaiki dan menaikkan semula nama negara.

Begitu juga Hadi Awang kasihanilah rakyat yg ingin pemulihan ekonomi tetapi kamu terus ganggu gugat kestabilan politik mengkritik berbau perkauman kerajaan baru ini tanpa memberikan saranan dan pandangan berfaedah.

Buat Muhyiddin diam seketika bila tiba PRU16 kita bepencak silat semula dan mari bersama sama bina kembali negara. Bak kata orang Iban, ‘entik begempung kitai sepanjung, entik pamar kitai dekat ngepar’ bermaksud kita bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia2.

Baiklah KPI 100 HARI yg saya ingin PEMBANGKANG lalukan sebagai pembangkang yg wibawa ialah…

Kamu buktikan dalam pemerintahan 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN ini mana-mana masjid yang tidak boleh azan, mana budak-budak sekolah kena pakai skirt, mana anak Melayu menjadi tahanan komunis dan mana orang Melayu yang telah menjadi gembala babi?