Ucapan tahniah dari ketua kerajaan asing mencurah masuk

 

DSAI MENERIMA PANGGILAN DARI PRESIDEN TURKI ERDOGEN KETIKA MAHU MELAKUKAN SIDANG MEDIA


Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang menerima ucapan tahniah daripada ketua kerajaan asing sebaik sahaja selesai upacara mengangkat sumpah jawatan.


Malah ketika ingin melakukan sidang media pertamanya, rakan baik, Presiden Turkeye Recep Tayyip Erdoğan masih di ganggang telefon mengucapkan tahniah.


Anwar juga mengumumkan beliau telah menerima ucapan tahniah antaranya daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa ketua kerajaan asing.


Dalam semangat meningkatkan imej negara itu, Anwar menegaskan fokus pertama beliau adalah untuk memperbaiki ekonomi negara yang telah merosot teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Fokus uatma saya ialah ekonomi. Saya bersyukur hari ini dan seterusnya keyakinan pelabur berubah, ringggit menguat dan bursa saham segar," katanya.


Ketua kerajaan perpaduan itu juga menegaskan kerajaan beliau akan mendukung Perlembagaan Persekutuan dan akan menjaga kedaulatan Raja Raja Melayu sebagai payung negara.


"Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya tetap faham keperluan kita mengangkat penghayatan Islam sebagai agama Persekutuan.


"Termaktub dalam Perlembagaan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta keperluan kita menjelas sistem Perlembagaan kita, menetap kedudukan dan kemuliaan serta kedaulatan Raja raja Melayu," katanya.


Di samping itu, Anwar juga mengingat janji kempennya bahawa beliau akan mengumumkan cuti sekiranya berjaya menjadi perdana menteri.


Beliau mengumumkan cuti khas pada hari Isnin 28 November 2022.

No comments: