LAIN KALI TAK PAYAH MELAWAT LA KAWASAN UMNO TU. BUKAN DEPA TAU HAPA....BAGI JA WAKIL RAKYAT DIA MELAWAT...TUA TUA NI SUSAH NAK AJAR DAH DAN NAK BAGI FAHAM

 

Insiden dihalau penduduk, Maszlee mohon maaF

FMT Reporters
 -

Dalam klip video, Maszlee Malik berkata tindakan penduduk kampung yang memarahinya tidak mencerminkan sikap semua ahli Umno secara keseluruhan.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memohon maaf kerana keterlanjuran kata-katanya yang mendakwa seolah-olah ahli Umno dan penyokongnya semua bersikap sama, susulan kemarahan penduduk kampung ketika beliau melawat pusat pemindahan sementara pagi semalam.

Maszlee berkata tindakan penduduk itu, yang didakwanya adalah penyokong Umno, tidak mencerminkan sikap semua ahli Umno secara keseluruhannya.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya petang semalam, Maszlee berkata beliau memberi reaksi kurang baik susulan insiden berkenaan.

Beliau kemudian menyebut Ketua Umno Johor Hasni Mohammad sebagai contoh sikap profesional yang menjunjung imej positif Umno.

Video insiden itu yang tersebar di media sosial menunjukkan Maszlee memberitahu dilarang masuk ke pusat pemindahan sementara Sungai Linau.

Seorang warga emas lelaki juga dilihat menjerit ke arah Maszlee dan bertanyakan bekas menteri itu apa yang beliau lakukan untuk membantu penduduk setempat.

Dua anggota polis kemudiannya menenangkan lelaki itu dan mengiringinya keluar dari sana.

Kemudian, seorang lagi lelaki dilihat mendekati Maszlee dan memberitahunya bahawa ahli politik tidak dibenarkan berada di kawasan itu.

Dia meminta Maszlee, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam untuk meninggalkan kawasan terbabit.