speoSrntodg78c6ma me07t04e6i2gSa5al 663ht mur112pb0ef:3t0u05 ·
Sejak kebelakangan ini saya jarang sentuh hal politik kepartian.
Namun bagi kes Ustaz Dasuki, rasa tak selesa jika tak diulaskan berkaitan kes
fitnah pengurusan Tabung Haji.
Watak Ustaz Dusuki antara yang panas menabur fitnah samada di
posting FB mahupun kuliah masjid. “Fitnah” jahat beliau tanpa soal selidik
fakta yang sebenar telah mempengaruhi sebahagian umat Islam di Malaysia
termasuklah ahli keluarga saya yang terdekat.
Pada ketika itu apa sahaja isu yg dijaja keluar dari mulut “alim
suci” ini mudah meresapi minda orang melayu Islam. Bagi mereka mudah sahaja
-“tak kan lebai nak menipu”. Golongan ini bijak menggunakan ruang yang ada pada
mereka, dengan sepotong dua ayat Quran dan hadis2 dijadikan dalil dan sandaran
bahawa “kerosakan besar telah berlaku dalam badan yang menguruskan hal ehwal
Islam di Malaysia atas tangan orang yg didokong golongan kafir”
Namun bagi orang Islam yang mampu berfikir dengan baik tanpa
pengaruhi sentimen kebencian dan menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta,
mereka adalah golongan yg lebih mulia daripada “ustaz terlajak mulut ini”.
Akhirnya kebenaran itu telah berjaya menengelamkan kejahatan fitnah yang di
bawa oleh Ustaz Dusuki ini.
Nasihat saya kepada Ustaz Dusuki, selepas 2 mahkamah
memerintahkan ustaz membayar ganti rugi akibat fitnah, buatlah permohonan maaf
secara terbuka atas kekhilafan kerana fitnah yang keluar dari mulut ustaz telah
menyebabkan kerosakan besar terhadap Tabung Haji itu sendiri.