HUSAM MUSA : Kompleks Perkayuan Kelantan Diperintah Bayar RM 6 Juta Bukan Pembaziran?

 



Kompleks Perkayuan Kelantan

Diperintah Bayar RM 6 Juta Bukan Pembaziran?

Makluman untuk Rakyat Kelantan. Anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan - Kompleks Perkayuan Kelantan telah diperintahkan membayar sebuah syarikat kontraktor pembalakan lebih dari RM 6 juta.

Mahkamah Persekutuan yg bersidang pada 7 Julai 2022 baru lalu telah menolak permohonan Semakan Kehakiman oleh Kompleks Perkayuan Kelantan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelumnya yang bersidang pada 27 Januari 2022.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Disember 2017 yg memerintahkan Kompleks Perkayuan Kelantan membayar harga kontrak kayu balak sejumlah RM 5,012,104.10 kepada Lim Hee yg berniaga atas nama As Timber Trading dikekalkan.

Beserta bayaran interest sebanyak 5% setahun dikira bermula dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Sebaik-baiknya, Kerajaaan Kelantan memberikan sedikit penjelasan tentang isu ini dan bagai mana Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd akan membayar bayaran yang diperintahkan.

Sekiranya Kompleks Perkayuan Kelantan gagal membayar bayaran tersebut dalam tempoh yg telah ditetapkan, dipercayai akaun dan perniagaan Kompleks Perkayuan Kelantan boleh disita.

Husam Musa

3 Muharram 1444H

1 Ogos 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan