JOM BANTU MEREKA MENENTANG PENSYARAH YANG JELEK DEMI MENEGAK KEBENARAN.AKU RASA RAMAI KENAI PENSYARAH TU.

 

LIYANA MARZUKI



Hari ni melepak dengan Otai Mohd Mukhlis Mohd Sharif… Dia jadi influencer politik sejak PRU14. Masih kekal berpengaruh hingga sekarang. Kalau geng pembangkang nak tahu isu, kena singgah profile beliau.

He says things as is. Straight from his heart. Dalam sosmed atau jumpa berdepan. Sama saja. Kita tahu dia tak simpan dalam.

Banyak benda juga kami bertelagah dulu. Dia selalu ingat saya pentaksub Tun M dan penyokong kuat MUDA dan Warisan.

Dua tiga menjak ni dan setelah jumpa berdepan, dia dah tahu siapa saya sebenarnya. Saya whack semua orang. Dan puji mana yang patut dipuji. Loyalty to the party, saya tolak tepi. Kepentingan negara itu lebih penting.

Walau apapun prinsip kami, satu saja yang saya tahu. Kami berdua nakkan Malaysia yang bermaruah, progresif dan berdaya maju. Kami tentang penunggang agama dan kaum. Tu pada kami musuh nombor satu negara, selain perompak dan penyamun.

*****************************************************

Tahun lepas, ada seorang pensyarah ni, keluar kenyataan merapu. Bermula dari kisah seorang YB bagi motor kepada seorang brader foodpanda. Dia kaitkan pulak isu kaum.

Maka kami berdua, keluarkan posting menentang pensyarah ini. Pada kami, bukan semua benda kena dilihat dari lensa politik.

Dah dia YB, bukan kah kerja dia nak berkhidmat untuk masyarakat? Takkan la dia tak boleh nak bantu kaum lain? Bukankah kita negara majmuk?

Posting kami dikongsikan beribu2 kali oleh warga net kerana kami percaya mereka juga mendokong prinsip yang sama.

Makanya, apa yang pensyarah ni buat? Dia saman kami berdua! Tuntut pampasan berjuta.

Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kes ini akan kami lawan habis2an. Suara demokrasi rakyat majoriti yang cintakan perpaduan dan keamanan akan kami angkat.

Untuk itu, kami berdua telah memutuskan untuk melancarkan kempen GoFundMe untuk membiayai kos perundangan ini nanti.

Besar hasrat kami, agar tuan/ puan dapat mendokong kempen ini.

Mari kita kembalikan Malaysia yang harmoni!

#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah