NORMAN RADZUAN
MRT KL- Putrajaya tetap gagal
SISTEM ALIRAN RINGAN SUDAH MENCUKUPI
MRT KL-Putrajaya tetap gagal utk elak traffic jam di KL,
percayalah. Di negara kita bukan masalah pengangkutan awam tetapi mentaliti org
awam. Selagi tiada stesen MRT di depan rumah mereka akn beri seribu alasan
kenapa menolak menggunakannya.
Tidak perlu saya bicara dgn detail kerana dlm isu sebelum ini saya
telah bicarakan panjang lebar. Kita sudah ada pelbagai laluan LRT, Monorel,
MRT, Komuter, KTM dan ERL… KL tetap menjerit.
Malah perancangan Putrajaya utk mengurangkan jam di KL juga
tidak berjaya. Menggalakkan pengkongsian kenderaan juga gagal. Ini semua soal
mentaliti.
Oleh itu penyelesaian selepas ini bukan lagi membina projek
berbillion ringgit utk pengangkutan awam tetapi spend jutaan ringgit utk
mengubah mentaliti org awam atau masyarakat Lembah Klang.
Kita mesti ingat jumlah kenderaan yg didaftarkan lebih byk dari
jumlah rakyat Malaysia sendiri. Setiap tahun kenderaan semakin bertanbah… jadi
apa penyelesaian isu ini?
Jika mendidik tidak berjaya…pendekatan lain terpaksa digunakan
seperti ‘kekerasan’ tapi bukan caranya dgn menghapuskan kenderaan berusia 10
tahun.
Ia perlukan pendekatan seperti parking kereta yg mahal atau
gunakan kaedah seperti negara jiran Singapura mereka memperkenalkan caj jalan
bagi menangani kesesakan lalu lintas.
Pada awalnya tentulah rakyat Lembah Klang marah tetapi lama
kelamaan apabila dibudayakan dan mereka dpt melihat impak positif… mereka
akhirnya akn bersetuju.
Mcm dulu wajibkan pakai tali pinggang keledar dan wajibkan
pemasangan lampu motorsikal pun ditentang. Akhirnya ramai yg patuh dan dpt
melihat ia suatu yg baik utk mereka.
Jgn lupa pendekatan psikologi kempen di media perdana agar
rakyat mesti berjalan 10k step sehari sb rakyat Malaysia malas berjalan yg
menjadi punca sebenar mereka tidak mahu gunakan pengangkutan awam. Bagi mereka
jalan kami 1km dari stesen MRT ke pintu pejabat sudah tersangat jauh.
Kadang2 kita berasa hairan yg merungut kesesakkan jalan di KL
sdgkan dia sendiri merupakan penyumbang kpd kesesakkan tersebut. Jika penduduk
Lembah Klang ada 5 juta yg menggunakan kenderaan sendiri tentulah sesak jln KL.
Jadi apa yg nak dirungutkan? Ibarat sendiri melalak berkaraoke
di dlm rumah hingga anak kecil tidak dpt tidur disalahkan nyamuk yg bising.
Sila proaktif segera sb Kuala Lumpur kini bandaraya yg sakit.