HUSAM MUSA : EXCO PERAK DAPAT TANAH ?

 



ADUN Dapat Kelulusan Tanah Tambun?

Dua Adun Pas Kelantan tersenarai dalam satu syarikat bernama NUR IMTIYAS SYNERGY Sdn Bhd.

Pesuruhjaya Tanah Kelantan, Dato' Zamri Ismail telah bersetuju supaya Permit 4C dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Jajahan Pasir Puteh kepada syarikat ini.

Surat Pesuruhjaya Tanah Kelantan bertarikh 2 Jun 2022 bertajuk : KEBENARAN BAGI MENGELUARKAN PERMIT UNTUK MENGELUARKAN DAN MEMINDAH BAHAN BATUAN (TANAH) DI ATAS TANAH MILIK PESURUHJAYA TANAH KELANTAN (MAKNANYA TANAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN) HSD 4073 PT 1689 SELUAS 8.972 HEKTAR MUKIM JERUS, DAERAH BUKIT JAWA, JAJAHAN PASIR PUTEH, KELANTAN.

Ringkas cerita, syarikat milik DUA ADUN PAS bersama dua yang lain telah memohon kelulusan mengeluarkan tanah untuk menambun kepada Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

Permohonan itu terus diluluskan. Mudah, cepat dan tak perlu rujuk ke mana-mana.

Syarikat Nur Imtiyas Synergy Sdn Bhd ini beralamat di No 7, Perbadanan Stadium Kelantan.

Difahamkan syarikat atau pegegang saham syarikat ini ada kaitan dengan sebuah kelab penyokong bolasepak Kelantan yg ditaja oleh Kerajaan Kelantan.

Betulkah begitu?

Jika betul, pihak yg memohon dan pihak yang meluluskan permohonan kedua-duanya ada pertalian menerusi jawatan mereka dalam kelab penyokong bola sepak berkenaan.

Alamat syarikat ini pun di Perbadanan Stadium. Tempat acara bola sepak berlangsung.

Sudilah kiranya Pesuruhjaya Tanah sebagai pihak yang meluluskan permohonan dan dua Adun yang terlibat dalam memohon kelulusan itu memberikan penjelasan masing-masing.

Apa penglibatan mereka dalam kelab penyokong bola sepak itu?

Apa kaitan mereka antara satu sama lain?

Sama ada mereka sedar adanya kemungkinan pertindihan kepentingan?

Sebagai penjawat awam, saya berharap Pesuruhjaya Tanah Kelantan tidak mengikut resam pemimpin Kerajaan Kelantan yg sentiasa membisu dalam ehwal tanggung jawab awam.

Jelaskan supaya tidak berlaku syak wasangka dan salah tanggapan.

Berdasarkan surat ini, nampak mudah sekali kelulusan diberikan.

Pesuruhjaya Tanah Kelantan menyebut : 'Pesuruhjaya Tanah Kelantan telah menerima permohonan daripada Syarikat Imtiyas Synergy Sdn Bhd (1443736-U) bagi permohonan untuk mengeluarkan dan memindahkan bahan batuan (tanah) ....'.

Seterusnya beliau menulis : 'Pesuruhjaya Tanah Kelantan tiada halangan ke atas permohonan tersebut dan bersetuju Permit 4C dikeluarkan oleh pihak tuan...'.

Begitu mudah?

Tak perlu dimesyuaratkan atau dirujukkan kepada sesiapa?

Difahamkan juga tanah itu akan dibekalkan untuk projek ECRL.

Tok Wakil pun nak berniaga tanah menambun?

Bila masa rakyat boleh cari peluang?

Bila pula tugas Tok Wakil untuk berniaga?

(Identiti Adun berkenaan dalam carian SSM tidak disiarkan sementara tetapi elok mereka tampil memberikan penjelasan).

Husam Musa

18 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

No comments: