Search mahu letak tanda aras baharu dunia muzik
Madiha Abdullah
April 27, 2022 08:00 MYT
Konsert yang bakal menelan kos lebih RM 1 juta ini juga dianggap kemuncak kerjaya Search yang telah bermula sejak 40 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda, Search, menyifatkan peluang mengadakan konsert berskala besar di Zepp Kuala Lumpur, sebagai satu peluang meletakkan tanda aras baharu dalam dunia muzik tempatan.
Konsert Endemik Search akan menyaksikan Amy bersama Nasir, Hillary Ang, dan Man Kidal menjadi artis pertama membuka tirai konsert di dewan bertaraf dunia itu.
Konsert yang bakal menelan kos lebih RM 1 juta ini juga dianggap kemuncak kerjaya Search yang telah bermula sejak 40 tahun lalu, dan peminat yang hadir akan menyaksikan persembahan terbaik yang pernah disaksikan mereka.
"Semestinya kami mahu tampilkan penanda aras baharu dalam muzik. Keseluruhan konsert mesti menggambarkan, inilah muzik hari ini.