Sebagai pengguna aplikasi WhatsApp, anda mungkin turut sama berada di dalam beberapa grup WhatsApp yang berbeza.
Kemasukan anda ke dalam grup itu pula mungkin secara sukarela, di sedari mahupun tidak disedari.
Tahu-tahu, akaun WhatsApp anda turut sama berada di dalam grup yang mungkin anda sebenarnya tidak mahupun berada di dalamnya.
Nak keluar dari grup itu pula mungkin sedikit segan, takut-takut apa kata ahli grup lain yang anda sendiri pun mungkin tidak berapa kenali mereka.
Tetapi jangan bimbang kerana terdapat cara yang membolehkan anda keluar dari grup WhatsApp tanpa disedari ahli grup lain.
Jadi di sini dikongsikan cara untuk melakukannya.
Guna nombor telefon sementara
Cara ini mungkin sedikit melecehkan kerana anda perlu sediakan satu nombor sementara bagi proses ini.
- Di bahagian Settings WhatsApp, tap pada Account
- Kemudian pilih Change number dan masukkan nombor lama dan nombor baru (sementara).
Walaubagaimanapun, selepas menukar kepada nombor baru itu, WhatsApp tetap akan memaklumkan berlaku penukaran nombor anda di dalam grup tersebut.
Tapi anda tak perlu bimbang sebab biasanya ahli grup abaikan saja. Lain lah anda memang orang penting, popular atau memang subjek ‘bahan’ dalam grup WhatsApp tersebut. Itu memang tak dapat dielakkan lah dari disedari ahli grup lain.
3. Selepas nombor ditukar kepada nombor sementara tadi, anda bolehlah memilih grup WhatsApp yang anda hendak keluar tadi.
4. Setelah selesai keluar dari grup itu, anda bolehlah kembali menggunakan nombor lama anda tadi sebagai akaun WhatsApp anda (prosesnya sama seperti di atas).
Seperti yang dinyatakan di awal tadi, cara ini sedikit rumit dan mungkin tidak semua ada nombor kedua untuk dijadikan nombor sementara bagi akaun WhatsApp.
Anda juga perlu membuat salinan (backup) sebelum membuat proses di atas bagi mengelakkan segala data sembang di dalam WhatsApp hilang.
Jadi langkah yang paling mudah adalah anda keluar sahaja dari grup WhatsApp tersebut tanpa mempedulikan apa kata ahli grup yang lain.
Sekian.