NORMAN RADZUAN
Terima kasih kpd pimpinan parti dan rakan2. Saya ucapkan syabas kpd ahli2 panel dan moderator2 semalam dgn hujah2 mereka yg diterjemahkan secara ilmiah/fakta.
Sebenarnya byk perkara dibincangkan bersama sepanjang di sini. Bagi saya parti ini seperti UMNO di dlm BN. Kuat PKR kuatlah PH. Bagaimanapun parti ini perlu unite terutama di saat ditekan, difitnah hingga ia semakin lemah ketika ini. PKR pernah tinggal 1 kerusi tapi ia kembali bangkit.
Pemimpin2nya perlu agresif dan proaktif. Seolah olah skg ini hanya beberapa kerat yg bekerja walaupun PKR mempunyai begitu byk MP dan ADUN.
Sewajarnya pimpinan fokus bekerja utk Presiden dan bukannya fokus bekerja mencipta pengikut hingga Presiden dilihat seperti bersendirian. Oleh kerana terlalu mencipta pengaruh atau pengikut dpt kita lihat secara ketara sikap berpuak2.
Saban malam hingga 3-4 pagi bertemu dgn begitu ramai pimpinan besar atau kecil mahupun ahli2 biasa dari pelbagai kabilah. Mungkin mereka tahu saya tidak masuk mana2 kabilah sb saya ini tiada cita2 tinggi selain sekadar membantu. Saya mendengar apa yg tersirat... kesimpulannya bagi saya parti ini perlu disatukan.
Kena positif kpd kritikan. Jika ada org membantu jgn dianggap sebagai rival. Sepatunya saling bekerjasama dan bukannya bimbang Presiden beralih arah, bimbang Presiden itu dan ini...
Kesian ahli2 bawahan dan kasihani rakyat yg mengharap perubahan. Mereka tidak tahu apa2 masalah dalaman parti.
Parti ini sudah terlalu byk deritanya. DS Anwar itu dikhinati oleh lawan dan kawan (dalaman parti). Bukan beliau tidak relevan tetapi beliau dikhianati. Ini kerana sikap kita yg saling berlumba sesama kita dan akhir masing2 mencipta pengaruh sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab membela parti.
Sedangkan mereka yg menjadi MP dan ADUN skg ini rakyat pilih mereka bukan kerana batang tubuh mereka yg hebat tetapi ia kerana ideologi parti DS Anwar yg berprinsip berjuang melawan korupsi dan salah guna kuasa.
Secara umum parti ini dikeliling golongan intelektual. Rata2 mempunyai latar belakang akademik yg hebat dari dalam dan luar negara. Bicara masing2 dpt difahami mempunyai pemikiran yg kritis,kreatif dan akademik.
Jadi rumusannya memang sukar utk parti ini menguasai pengundi2 Melayu luar bandar kerana cara kita berfikir. Ia perlu diimbangi dgn rakan2 parti komponen yg ada. Saya tak yakin bicara kita ini mampu diterima oleh mereka di luar bandar sana.
PH akn kuat bila kita saling berperanan. Seperti BN UMNO fokus kpd org Melayu, MCA/Gerakan kpd kaum Cina, MIC kpd kaum India dan parti Sabah/Sarawak fokus kpd pribumi tempatan.
Cukuplah cerita politik pagi Ahad ini... terima kasih semua. Saya doakan PKR kembali bangkit. Saya berkata begini bukan atas dasar kepartian tapi parti ini kena kuat kerana ia adalah kekuatan PH. Kuat PKR kuatlah PH. Kesian dkt rakyat dibuli, dibohongi pemimpin2 mencuri berbillion hak milik mereka.
Tiba masanya pulang ke pangkuan keluarga sehari dua ini. Saya sendiri berpuas hati dpt meluahkan apa yg tersirat dan memberi serba sedikit pandangan dgn pimpinan. Mudahan kita semakin kuat...pesan saya elakkan parti dalam parti.