Jika Melayu tidak ‘reform’ sukar untuk Melayu PH menang PRN mahupun PRU

 


Oleh MOHD ALI HASHIM / November 21, 2021

Sekiranya Melayu tidak ‘reform’ maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), itu semua akan didakwa dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan raya negeri (PRN) maupun Pilihan Raya Umum (PRU).

Oleh kerana itu, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria terdapat dua perkara yang relevan dan signifikan bagi PH iaitu anti Cina atau DAP dijadikan faktor penyatuan Melayu-Islam oleh Umno, Bersatu dan Pas.

Manakala itu kata beliau, orang Melayu-Islam pula melihat PH tidak menjuarai atau ‘championing’ hak-hak dan kepentingan Melayu.

“PH perlu mengkaji dengan teliti menjuarai ataupun ‘championing’ hak-hak mahupun kepentingan orang Melayu.

” Sebetulnya, sekiranya MCA ataupun Gerakan bercakap hal sensitif bab Melayu dan Islam kini, ianya kurang diambil peduli, sebaliknya jika perkara yang sama diperkatakan oleh Dap, ianya akan diperbesarkan bagai hendak runtuh gunung.

” Dalam konteks umum, akademik ataupun sudut syariah banyak perkara menyentuh bab Islam dan Melayu, pendekatan yang diambil oleh PH adalah betul, walau bagaimana pun ianya mudah untuk dimenangi oleh Umno, Pas dan Bersatu,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tegas beliau, semua tindakan yang dilakukan mengaitkan Cina dan DAP, ia akan diputarbelitkan oleh Umno, Pas mahupun Bersatu.