MOHD MUKHLIS
2011 Bila Anwar bangkitkan tentang 1MDB semua pakat tak kisah. Tapi 10 tahun selepas itu rakyat yang membayar bunga hutang 1MDB berbilion setahun.
Masa Panama paper leaks Anwar dalam penjara, tapi rakyat kita masih lagi dibuai mimpi.
Kali ini Pandora papers pula yang bocor, semua senyap sunyi, baik yang ada kuasa mahupun Mopti Serba Tahu. Mungkin sebab tahap pengetahuan kewangan yang lemah, mereka tak peduli tapi 1800 billion duit rakyat hilang itu bukan perkara kecil.
Saya percaya, kalau Pakatan Harapan memerintah kembali, Pandora Papers ini adalah salah satu perkara mustahak yang perlu di siasat untuk mengembalikan maruah dan kegemilangan Malaysia di mata dunia.
Negara miskin, jutaan yang menganggur dan kelaparan. Sementara itu, pemimpin-pemimpin memunggah ratusan juta dan sistem kerajaan sekarang ini seolah-olah memadam dan melindungi mereka.