RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI-CURI JUTA JUTA BILLION BILLION TAK KENA GARI CURI RM 40 KENA GARI...

 


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri tabung di Masjid Padang Pauh, Padang Besar, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tabung di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci dan mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun mengaku tidak bersalah kerana dia mendakwa hanya mengambil wang bernilai RM28 sahaja dan bukannya RM40.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Dalam rayuan yang dibuat, Nur Iman memberitahu, anak guamnya yang tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan ditahan di lokap penjara Pokok Sena.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober ini untuk sebutan semula.

Semalam, akhbar ini melaporkan, mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit antara alasan diberikan seorang wanita yang bertindak mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, Padang Besar pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid itu kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid tersebut telah tiada.

Ekoran itu. wanita berkenaan t ditangkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.