Nik Abduh mahu Umno-Pas bersama walau akui SPRM masih terima tekanan politik
Berserta tanda pagar #Istiqamah, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menegaskan perlunya parti itu dan Umno untuk terus bersama “Ia hakikatnya adalah penerusan kepada agenda pembangunan sebuah negara dan umat ke arah kejayaan tertinggi,” katanya. Muafakat Nasional (MN).
Sembang Ahli Parlimen Bachok itu selepas dia sendiri mengakui tekanan politik ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya masih berlaku walaupun kerajaan BN sebelum ini telah jatuh.
“Iman saya, Umno dan Pas harus bersama. Bukan saling unjuk kekuatan. Bahkan saling menghulur sumbangan masing-masing demi kejayaan negara.
“MN masih amat muda. Jangan perlakukannya seperti Ronaldo, Lukaku dan Salah untuk terus menyumbat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam masa sama, Nik Abduh masih membidas Pakatan Harapan (PH) dengan mendakwa blok politik dianggotai PKR, AMANAH dan DAP itu tidak melakukan perubahan sewajarnya semasa berkuasa.
Dia sebelum ini yang pernah mendakwa “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat itu juga tiada ‘Captain America’ untuk mengubah politik negara walaupun Pas berada dalam kerajaan sejak diterajui Mahiaddin Yassin dan kini Ismail Sabri.
“Kenyataan terbaharu oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan PH juga telah gagal membebaskan SPRM daripada cengkaman politik. Tiada anjakan baru yang boleh dibanggakan.
“Ya, tiada ‘Captain America’ untuk mengubah politik negara. Ia bukan juga dengan buang semua yang tua dan ambil yang muda semuanya. Ia bukan seperti mengubah syarikat dan institusi yang besar atau kecil.