Lapangan terbang baharu Kulim: Pastikan kouta pekerjaan kepada anak tempatan agenda utama

 

Projek pembinaan lapangan terbang baharu di Kedah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang diluluskan pada era Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dilaksanakan dengan matamat asal memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan.



Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Aizuddin Ariffin berkata, projek mega tersebut tidak mendatangkan banyak manfaat sekiranya tidak menetapkan kuota pekerjaan kepada penduduk negeri.



"Saya pernah mencadangkan agar penetapan kuota pekerjaan kepada anak Kedah melalui projek-projek mega yang dibina di negeri Kedah.



"Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, KXP adalah salah satu projek yang bakal dilaksana dalam tempoh terdekat dengan melibatkan aktivi-aktiviti kerja fasa pertama.



"Sehubungan dengan itu, saya menggesa Menteri Besar Kedah membuka peluang pekerjaan seluasnya kepada anak jati Kedah menerusi projek ini. Pelan penempatan pekerjaan anak jati Kedah dalam projek ini harus dijadikan satu agenda utama," katanya.



Selain itu, beliau mengingatkan kerajaan negeri agar mempunyai jumlah syer terbesar dalam syarikat syarikat tujuan Khas (SPV) yang ditubuhkan sebagai pemilik serta pemaju projek berkenaan.



Menurutnya, tidak wajar kerajaan negeri hanya memiliki saham 20% dan bukan merupakan kuasa pemutus dalam projek berkenaan.



"Walaupun penubuhan SPV ini dilihat sebagai salah satu method Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kewangan untuk melaksanakan projek, namun banyak perkara harus diteliti dengan lebih spesifik.



"Pegangan ekuiti ECK Group of Componies sehingga 80% dalam SPV dan bakinya oleh Kerajaan Negeri, hanya bakal membuka ruang berlakunya konflik kepentingan berlaku dalam perlaksanaan projek," katanya.



Ketua Penerangan AMK Malaysia itu juga kesal kerana projek berkenaan gagal memastikan keuntungan maksimum ke atas Kerajaan Negeri.



"Kerajaan Negeri juga dilihat gagal bagi memastikan keuntungan maksima dapat dijana bagi mengukuhkan prestasi ekonomi negeri menerusi projek ini. Sebagai contoh, saya mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri menyerahkan secara total peranan membawa masuk operator lapangan terbang dan operator kargo antarabangsa bagi pengoperasian KXP kelak kepada ECK.



"Saya juga mencadangkan agar memastikan ekonomi Kedah dapat dijana dengan lebih mapan, satu kajian kebolehsanaan agar KXP Airport bukan sahaja tertumpu kepada pengoperasian hab kargo, tetapi juga fokus untuk ' diversify' kepada penerbangan komersial antarabangsa," katanya lagi.

No comments: