Jamzuri Ardani
Bila kerajaan PH dikhianati, saya adalah antara yang terkesan hilang pekerjaan. Saya mendapat notis tamat kerja pada pukul 4.40pm hari terakhir sebelum Mahaidin umum PKP. Walaupun notis berhenti adalah 30 hari, tapi itulah hari terakhir saya berada di pejabat kerana selepas itu perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa sehingga ke hari terakhir saya sepatutnya bertugas.
Saya tidak ada kesempatan langsung untuk kembali ke pejabat mengemas barang atau bertemu mengucap selamat tinggal kepada rakan staf.
Saya hanya minta tolong seorang rakan staf untuk kemaskan meja dan tolong simpan dulu apa-apa barang peribadi yang masih ada di pejabat. Tak banyak pun. Satu kotak kecil pun tak penuh.
Boleh dikatakan saya masuk pejabat sehelai sepinggang dan keluar pejabat juga sehelai sepinggang.