NOOR HISHAM BUKAN MY HERO...!!!

 


NORMAN RADZUAN


Maaf lah jika saya katakan ini....

Pandangan peribadi saya, Tan Sri Noor Hisham kini anda from hero to zero. Apalah guna bercakap setiap hari di kaca TV minta rakyat patuhi SOP, minta Lockdown tetapi sektor perkilangan tidak ditutup? Sedangkan 70% bermula di situ. Sasaran lockdown bukan pada tempatnya. Jika hendak menangkap tikus bukan di dalam kolam tetapi di longkang-longkang Tan Sri. Bagaimana mahu putuskan rantaian ini Tan Sri... realistik la.

Akhirnya kes terus tinggi. Jika sektor perkilangan ditutup sejak 1hb Julai lalu kes kita sudah boleh berada di bawah paras 3,000. Akhirnya rakyat terus ditakutkan dgn numbers...Rakyat terus dipaksa stay at home sdgkan ramai rakyat rasa nak mati dan saya sudah tidak dpt menahan sebak di hati mendengar rintihan mereka lagi.

Jika saya jadi Tan Sri saya lepas jawatan dan serahkan kpd mereka yg lebih berkelayakan. Maaf Tan Sri saya terpaksa bersuara bagi pihak rakyat... bagi saya Tan Sri gagal. Tan Sri kata staff KKM keletihan. Bagi saya mereka keletihan sb Tan Sri biarkan kilang beroperasi. Jadi mereka kini terpaksa menanggung beban tersebut.

Terpulanglah kpd siapa yang masih menganggap Tan Sri hero... utk saya Tan Sri bukan my hero lagi.