Sejarah adalah sesuatu yang pernah terjadi... kita tak boleh nak
amik sejarah yang bagoosh sahaja... sejarah yang tak bagoosh kita abaikan...
itu bukan caranya... sejarah nih takder sisi... semua sisi adalah sejarah...
dan tidak ada apa yang patut dimalukan dengan sejarah... benda dah pernah
terjadi..
Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) adalah satu bahagian
dalam sejarah... penubuhan satu unit ketenteraan untuk menentang Jepun... ini
berlaku semasa Perang Dunia Kedua... dan ini adalah sejarah...
Persoalan sama ada ianya mempunyai elemen komunis pun bukanlah
satu perkara yang kita boleh jadikan penyekat kepada pengetahuan rakyat...
rakyat perlu tahu bahawa kita pernah ada unit ketenteraan sendiri yang melawan
Jepun... unit ini dari rakyat itu sendiri...
Aku xpaham pasai apa mamat cina sorang ni bising bab MPAJA...
setiap kali pun bawak cerita Komunis... setiap kali pun bising kononnya ancaman
komunis... pelik aaa... dengki betul dia...
Aku xkata aku sokong komunis... tapi masa ni Malaya masih
terjajah... di bawah Inggeris dan Jepun... dan pada masa tu Komunis la yang
berjuang untuk menentang penjajah... kepada mamat ni yang mungkin xmo nak
menentang penjajah kalu dia dah hidup masa tu... itu masalah dia... mamat ni
mungkin spesis yang menyokong penjajah...
Aku kalu masa itu hidup pun rasanya dah kompom akan menentang
penjajahan... mungkin jugak aku akan dilabelkan komunis... aku bukan saja anti
penjajah... tapi aku anti kepada penjajahan minda oleh puak Kayangan dan
Dewa-Dewi... mungkin jugak aku akan diklasifikasikan sebagai pemberontak...
Tafsiran sejarah biasa dibuat oleh orang yang menang.... huhuhuu