PKP 3.0 - RAKYAT LEBIH TERJEJAS TERUK- KERAJAAN TEBUK ATAP KATA TAK PERLU MORATORIUM.STOP.RAKYAT BOLEH MAKAN LAGI.

 

PKP 3.0: Kerajaan dituntut umum moratorium automatik

malaysiakini.com
PKP 3.0: Kerajaan dituntut umum moratorium automatik
Pemimpin pembangkang berkata, semasa PKP terdahulu dilaksanakan pun banyak pihak terjejas dan mereka mesti diberi bantuan.


BOB KELANANG


Tidak dapat dinafikan... PKP 3.0 yang diumumkan semalam tanpa ada apa-apa rancangan jaringan keselamatan ekonomi buat rakyat telah dan akan menyebabkan rakyat lebih menderita...

Bayangkan dalam keadaan tiada kerja, pergerakan disekat, walaupun dikatakan sektor ekonomi dibuka... rakyat tetap tiada pendapatan... tapi tiada sokongan moratorium bank yang disediakan secara automatik kepada semua rakyat... maka kita akan lihat pihak bank tanpa segan silu akan terus menekan rakyat untuk pembayaran pinjaman bulanan perumahan dan kenderaan...

Dalam keadaan tiada pendapatan... apalah sangat yang mampu rakyat usahakan untuk membayar dengan pihak bank dalam keadaan makan minum pun terpaksa dicatu sebolehnya... macam mana nak survive ni? habaq mai sat...

Keadaan ini menjadi semakin kronik... kita bukan sahaja ada B40... tapi disebabkan teruknya keadaan ekonomi semasa PKP 3.0 ni... maka kita sudah ada B80... dan mungkin lebih dari itu.

Giler aaa...

Kerajaan Perikatan Nasional ini bukan sahaja dilihat gagal, tapi bodoh, bebal dan tidak prihatin.

Kerajaan Malaysia kata berita PKP 3.0 adalah berita palsu... tapi rupanya memang betul berlaku.