“Pelaburan berkualiti tinggi ini adalah sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadi a high income nation, ekonomi yang berdaya saing dan mengurangkan kebergantungan kepada keperluan tenaga kerja asing,” tegasnya.
Namun, hakikatnya, pada Januari lalu, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNTAD) melaporkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia merosot 68 peratus pada tahun 2020, iaitu kadar terburuk di Asia Tenggara.