TESCO, KFC DAN GUHTHRIE…
Baca laporan Akhbar.. Rangkaian peruncitan dan Pasaraya TESCO akan ditukar nama kepada LOTUS setelah syarikat Peruncit yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Tesco PLC menjual operasinya di Thailand dan Malaysia pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion)..
Apa maknanya ? Bukan hanya mereka sekarang memiliki Syarikat rangkaian dan pemilikan peruncitan Pasaraya.. ia juga membawa makna kini mereka juga telah memiliki Aset dan hartanah Rangkaian TESCO yang terletak dipusat pusat bandar dan kawasan Strategik di Ibu Kota seluruh Negara..
Tahun lepas aku pernah kata, Alangkah baik bila TESCO PLC mahu melepaskan kepentingan dia di Asia Tenggara terutama Malaysia, Syarikat dan GLC seperti Tabung haji dapat membeli seluruh Kepentingannya.. Sudah pasti kawasan dan hartanah tersebut secara tidak langsung terus dapat membangunkan Ekonomi Bumiputera tanpa perlu kempen Ashabiyah seperti BMF…
Watak Melayu hari ini sudah tidak ada sepertimana Allahyarham Tan Sri Ali hashim yang mana dulunya JCORP digunakan untuk membeli kepentingan atas rangkaian KFC di Malaysia.. Akhirnya mewujudkan puluhan ribu peluang Perniagaan dan Pekerjaan dikalangan usahawam Muslim.. Ini baru lah gambaran pewakaf Saidina Uthma dengan telaga Raumahnya.. Tidak hairan Ts Ali Hashim memperkenalkan idea Wakaf Korperat..
Begitu juga suatu masa dulu. bagaimana watak Tun Mahathir dan Ts Khalid Ibrahim mengambil alih syarikat Gergasi Perladangan milik UK.. Masa itu UK dikejutkan dengan peristiwa serangan waktu subuh Dawn Raid di London Stock Exchange(LSE) pada 7 September 1981 selepas beberapa bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4…
Syarikat perladangan terbesar British akhirnya terpaksa melepaskan kepentingan mereka kepada Negara kita hanya dalam tempoh Sehari.. Antara tajuk Berita pada masa itu ” Take Over Of Giant UK Company : Bringing Ghutrie Back Home..
Apa maknanya dengan Peristiwa ini ?
Kita bukan saja dapat menguasai Syarikat Perladangan..tetapi mengembalikan Hak dan tanah milik Negara dan akhirnya mengembalikan kedaulatan Negara.. ketika itu British menamakan peristiwa tersebut sebagai Backdoor nationalization.. Bukan seperti Backdoor Gov hari ini..
Bayangkan kerajaan hari ini melalui FELDA terkial kial untuk beli balik saham FGV melalui pasaran terbuka..iaitu hanya semata mata mengembalikan saham dan Kepentingan milik mereka sendiri yang sudah tergadai.. Sebenarnya ruang terbuka luas ketika ini untuk kerajaan memilik negarakan beberapa aset penting..
Tetapi apa yang terjadi bukan hanya aset dan tanah milik GLC, Hatta milik Negara tergadai kepada pegangan asing.. sampaikan nak penuhi pengeluaran KWSP kepada yang sudah ada pendapatan KWSP terpaksa jual aset..punyalah terdesak mempertahankan kuasa Politik, Seperti Bapa kaki Judi yang terpaksa gadai harta pusaka sebab hilang pekerjaaan untuk mengembirakan anak..
Diwaktu ini sepatutnya kita mencipta peluang Pekerjaan..tetapi mereka menjual Aset aset Penting Negara..Jadi jika Negara hari ini ada kebijaksanaan dan kemampuan.. dah pasti wabak Covid-19 ini adalah sebagai faktor penting kita bergerak maju kedepan memandangkan Malaysia punyai pelbagai sumber Komoditi dan sebahagian Negara Industri.. Malangnya kita bukan hanya tertinggal kepada Singapura dan Indonesia..Hatta Vietnam.. 🙂
Ipohmali