*Banjir Besar Petanda HUDUD Perlu dilaksanakan - YB PAS Nik
Abduh*
Kenyataan itu 6 tahun lepas, ketika banjir besar landa Negeri
Kelantan.
Yang terbaliknya; sebab Banjir Besar 2014; Sidang DUN Kelantan
untuk meluluskan perlaksanaan Hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan sebab
Kota Darulnaim naik air.
*Sebenarnya Allah SWT nak bagi Peringatan kepada PAS sebab
mempermainkan hukum Allah SWT*
Sekarang, YB Nik Abduh sudah menjadi *Pengerusi GLC iaitu
KESEDAR*, yang tanahnya luas lebih separuh bumi Kelantan.
PAS juga sudah menjadi sebahagian Kerajaan Malaysia, apabila
Pimpinan PAS ada yang jadi Duta, Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC.
Paling ketara pimpinan PAS menjadi *Menteri Udang-Undang dan
Timbalan Menteri Agama.*
Sampai sekarang, sudah masuk tahun baru 2021 dah lebih 10 bulan
jadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia.
*Sehingga kini masih belum terdengar ura ura untuk HUDUD di
luluskan. Malah RUU355 pun entah kemana. MB kata nak letak jawatan pun tidak
tunaikan*
Padahal mereka sudah menjadi KERAJAAN MALAYSIA.
Bab menggunakan AGAMA sebagai ‘alat politik’ pemimpin PAS memang
pandai, tapi waktu perlaksanaan nya sampai sekarang TIADA?
Cakap tak serupa bikin, Kerajaan Tebuk Atap yang gulingkan
kerajaan secara pintu belakang ini sekarang sudah di persoalkan oleh rakyat.
Moga Allah SWT balas atas dunia pemimpin-pemimpin PAS yang
menggunakan agama untuk perut pedal mereka. Amen. Sama-sama kita lihat.
*Doakan Banjir di Pantai Timur, terutamanya di JOHOR, PAHANG,
TERENGGANU cepat reda. Dan Moga Allah SWT jauhkan dari Kelantan dilanda banjir
minggu depan. Amen.*
Sebagai seorang Muslim, saya ingin lihat hukum Allah SWT
dilaksanakan di Malaysia. Tapi sikap PAS mempolitikan hukum Allah SWT telah
menunjukkan sikap sebenar mereka, mereka tidak bersungguh-sungguh. Sebenarnya
hanya untuk Kuasa, Pangkat dan Harta.
Syam Ghaz
Baca:
https://www.mynewshub.tv/.../banjir-besar-petanda-hudud.../
https://m.malaysiakini.com/news/284546
https://www.mstar.com.my/.../12/27/dun-bincang-hudud-tangguh