Fokus sahaja pada parti kalian...
Kenapa saya tertarik pada PKR walau bukan ahlinya
SAMPAI BILA MELAYU & CINA ADA PERASAAN SANGSI
Walaupun rakan2 saya mengatakan DS Anwar masih on track... saya
mengambil pendekatan tidak mengapalah jika Anwar bukan menjadi PM yg penting
parti PKR ini diperkukuhkan kerana ia parti masa depan jenerasi Malaysia.
Jika ditakdirkan Allah, Anwar bukan menjadi PM kita kena redha.
Namun Anwar tetap akn dikenang oleh anak cucu kita sebagai jambatan rakyat
melawan korupsi yg menjadi kanser rakyat negara ini. Anwar akn menjadi ikon
Reformasi yg akn dikenang dari zaman ke zaman.
Bayangkan jika Anwar tidak berani. Maka semakin ramai pemimpin
menjadi penyamun. Mcm dulu2 kita hanya menunjuk Istana hebat itu rumah wakil
rakyat. Terima kasih Anwar kerana sanggup terkorban utk generasi Malaysia.
Saya yakin suatu masa nanti mungkin bukan generasi saya... cucu2
saya pasti akn dpt melihat Malaysia yg baru. Di mana Malaysia rakyatnya takut
utk melakukan rasuah, hukuman yg tidak berbeza, pemimpin tidak menjadi kaya
raya dan yg penting tidak ada permusuhan atau kebencian antara kaum yg kritikal
lagi angkra politik.
Saban tahun bangsa Malaysia akn melahirkan generasi yg semakin
bijak. Dgn kemudahan media sosial ini... rakyat tidak sukar lagi mendapat
maklumat yg betul. Jika 60 tahun dahulu org Melayu hanya berani membisik ke
telinga utk melawan kemungkaran ... kini segalanya dihujung jari.
Yg penting mesti ramai yg muncul berani menulis kebenaran. Semua
org boleh menjadi pemimpin, penceramah yg ribuan membacanya. Rakyat perlukan
maklumat dan ia tidak boleh terhenti. Percaya tak BN dulu ditewaskan kerana
kuasa media sosial. Kerana keberanian saudara2 semua bukan kerana Mahathir.
Bukan sahaja lawan korupsi tapi tugasan kita menghapuskan
kebencian antara kaum ini. Kalian di dlm PKR semua bangsa mesti memainkan
peranan... yg Melayu tulis kebaikan org Cina, yg Cina tulis kebaikan org
Melayu... begitulah juga bangsa India dan lain2.
Saya melihat PKR ini adalah parti masa depan. Ia akn menjadi
hampir sempurna menjelang 2050. Pemikiran pemilik parti ini sgt jauh ke
hadapan. Politik perkauman akn terhapus suatu hari nanti apabila cukup 70% org
Melayu bijak.
Saya melihat di dlm PKR ramai Melayu, India, Cina, Dayak, Iban,
Dusun, Bajau, Suluk, Bugis intelektual. Sebab itulah kekuatan PKR adalah di
bandar2 besar buat masa ini. Teruskan Insyallah 20 tahun lagi kita akn dpt
benar2 melihat Malaysia baru.
Anwar Ibrahim mungkin sudah tiada 20 tahun lagi. Harap2 Mahathir
pun sama. Jadi apa yg kita perjuangkan adalah utk masa depan anak cucu kita
sepertimana dilakukan oleh Ghandi... Jadi fokus perkuatkan PKR...suatu hari
nanti mungkin parti ini boleh sendiran menjadi kerajaan kerana ia parti bangsa
Malaysia.
Masihkah kita ingat kata2 ini hampir 100 tahun dahulu... We'll
never surrender, we'll win or die you have to fight the next generation and the
next...and I' live more than my hanger... ia kata2 hebat As Syahid Omar Mothar.
Beliau tewas dlm kemenangan. Kemenangan Omar Mothar apabila perjuangnya yg
disambung generasinya.
Utk saya... saya berbangga menjadi sebahagian pejuang2 kecil
melawan kerosakkan politikus itu. Akhir kata Anwar tidak tewas walaupun dia
gagal menjadi PM... dia sebenar menang. Dia adalah satu2nya pemimpin yg
menerima sokongan begitu ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.