Tun M akan pertimbang kerjasama dengan PH
Tun Mahathir sedia pertimbang tawaran kerjasama dengan Pakatan Harapan sebaik sahaja parti yang beliau tubuhkan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diluluskan.
Bekas Pengerusi PH itu berkata, beliau sebenarnya tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran tersebut.
“Saya tak tahu apa yang dia (Anwar) cakap, saya akan kaji dulu,” katanya dipetik.
Bekas perdana menteri itu ditanya wartawan mengenai kenyataan Anwar yang sedia mempertimbang kemasukan parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Dr Mahathir dalam gabungan PH.
Dalam kenyataannya Anwar memberitahu, setakat ini tidak ada lagi sebarang permintaan daripada Dr Mahathir.
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis Hari Solidariti untuk Kashmir yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.