Saya terkejut dengan kenyataan dan komen terbaru Saifuddin Abdullah yang menggambarkan pendirian dan dasar Kerajaan Perikatan Nasional terhadap kebebasan media. Walaupun mungkin ada salah di sana-sini dalam pengisian penerbitan mana-mana media, memilih jalan mengugut menggunakan undang-undang lapuk yang menekan adalah tindakan ke belakang, tindakan anti-reform. Sementelah lagi, Saifuddin Abdullah yang sama ini dahulu pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat, parti yang dikenal punya sejarah panjang dalam penentangannya terhadap undang-undang drakonian. Jadi persoalan yang timbul, apa kepercayaan prinsipal Saifuddin ketika menyertai Keadilan dahulu? Atau tiada prinsip sebenarnya? Semua keputusan politik Saifuddin sehingga hari ini hanyalah berasaskan kelangsungan politik peribadi?
Almarhum B.J. Habibie, mantan Presiden Indonesia dalam satu komennya berkait dengan tindakannya menghapuskan Surat Izin Pers, mengungkapkan,
'Saya biasa bekerja dengan angka-angka dan hitungan yang akurat, Anda bisa bayangkan kalau pesawat dibangun dengan hitungan yang tidak akurat maka akan celaka. Demikian pula dengan informasi saya percaya hanya dalam keadaan pers yang bebas, informasi yang akurat bisa diserap oleh masyarakat'
Saya melihat Saifuddin ini, sejak Pakatan Harapan mula bergolak, sampai Dr. Mahathir bin Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, bahkan sehingga semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri Interim, beliau sentiasa di belakang Mahathir, mengekor dan mengikut ke mana sahaja, kalau salam tu tunduknya saya tengok dah hampir macam rukuk. Saifuddin mungkin lupa, sebelum Pakatan Harapan menang pada 9 Mei 2018, Mahathir ada buat sebuah drama pendek sebagai bahan kempen, itulah drama Atuk, sebab itu sekarang orang panggil Mahathir Atuk. Bukankah kepercayaan orang seperti Saifuddin dan kawan kartelnya bahawa "kempen Mahathir" ini antara yang menyumbang kepada kemenangan PH? Kemenangan Saifuddin sendiri, juga yang memungkinkan juga Saifuddin berjaya menjadi Menteri Luar sebelum ini. Setelah menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia ini, Saifuddin tak mahu bertanyakah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, drama pendek Atuk itu ada kelulusan Finas atau tidak?
Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98
#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor