Zaman PN pemandu mabuk tak jadi isu?
Penutup Ramadhan tahun ini, Viral dua lagi video peristiwa malam tadi, satu dikatakan cina mabuk merempuh peniaga dan khemah Bazaar Ramadhan..Malamnya di Flat Jalan Ipoh, katanya India mengamuk dan merempuh sekatan kereta polis..
Cuba bagi ayat yang sesuai yang keluar dari mulut kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO jika peristiwa ini berlaku di zaman pemerintahan PH ?
Sudah pasti sasaran pertama mereka adalah Menteri Agama, Mujahid akan dipersoalkan mengapa dia berdiam diri..Walhal segala kejadian bukan melibatkan kementerian dia pun.. ada kita tanya, Menteri Agama hari ini ada komen tak ? takda.. begitu juga Menteri2 PAS.. Mufti Utara lagi teruk fitnah dia..pasang Bendera terbalik pun salah Menteri Agama sebab tak bersuara..
itu belum tuduhan Cina dan India dah melampau sejak PH berkuasa.. Arak berluasa.. Kerajaan PH pertahankan Pemabuk.. tak buat apa… bayangkan berapa lama sentimen kaum dan Agama dimainkan sebagaimana kes Adib..
Itu belum keluar dari mulut Mufti Utara dengan sentimen Kebencian Kaum dan agama dia.. mau tak pasal pasal kaitkan Kerajaan Modi dan pelampau hindu di India dia kaitkan…yang anak buah , dan pentaksub Zakir Naik dikalangan cina dan india perasan Melayu lagi lah.. Mau depa kaitkan LTTE atau anasir dan Ancaman Kristianisasi..
Baru semalam aku tulis, Hatta Menteri Agama dilantik dari kalangan Muftipun.. arak tetap ada… Yang mabuk tetap Mabuk.. biar siapa pun jadi Kerajaan..Hatta Kabinet 95% Melayu muslim.. Kilang arak ,pusat Judi, Kasino tetap ada biarpun Menteri datang dari kalangan Mufti..
yang dimainkan selama ini hanya sentimen Kaum dan Agama, kebencian dari kelompok Ashabiyah.. Yang lulus lesen Judi, kasino, hatta yang rasmi Kilang Arak itu datang dari pemimpin UMNO yang juga rakan tawwun PAS.. tapi yang disalahkan DAP dan Cina..
Zaman PH perintah pun, hatta masa Oktoberfest tu pun.. takda lah ada pemabuk datang langgar Bazaar Ramadhan.. Tak pernah orang mabuk sengaja langgar kenderaan anggota Polis.. Zaman Kerajaan tebuk atap, Semua Kejadian berlaku hatta ketika tempoh berkurung (PKP) , diwaktu pusat hiburan, kelab malam ditutup…tapi takda lah kami gila nak salahkan Menteri dan Kerajaan tebuk atap sepertimana depa buat dulu…
Tu lah..Seperti aku tulis sebelum ini, Besar Hikmahnya dengan kewujudan Kerajaan tebuk Atap..Biarkan mereka memerintah sehingga hujung tahun ini… Kita akan menantikan episod episod seterusnya.. bagaimana Allah akan zahirkan kejahatan dan Fitnah dari kelompok pengkhianat dan Kerajaan tebuk atap…
Ipohmali