Baca kenyataan Mukhriz ... MB tebuk atap Si Sanusi sebelum ini pernah datang berjumpa Mukhriz..dan berjanji akan menyokong Mukhriz sebagai MB.. tetapi mereka Khianat..
kalau nak tahu..itulah wajah PAS.. mereka berjanji dan Khianat..Sama lah seperti Haji Hadi sebelum ini..Berapa kali mereka mengulangi taat setia mereka kepada Tun Mahathir.. Dan lihat bagaimana mereka mengkhianati Tun Mahathir.....
Dalam sejarah Islam.. Sejarah Khalifah Islam.. ramai dari mereka berperang melawan Kuffar, Orang Kafir.. boleh dikatakan mereka menang dalam setiap pertempuran.. Nabi dan Sahabat pernah mengikat perjanjian dengan orang Kafir termasuk dalam perjanjian Hudaybiyah.. Biarpun pernah diKhianati.. ia tidak meruntuhkan Kerajaan Islam mahupun mencederakan batang tubuh Nabi.....
Tapi dalam sejarah Islam.. Pemimpin hebat seperti Saidina Ali, Khalifah ini mati bukan sebab pertempuran dengan orang kafir.. tetapi pemberontakan sesama Islam, dan Muawwiyah dapat mengalahkan Ali disebabkan Pengkhianatan kelompok Khawarij.. Khawarij yang menjadi dalang.. mereka boleh dikatakan menjadi alat kelompok Muawwiyah..
Begitu juga sahabat yang sehebat Saidina Umar.. Dia mati bukan disebabkan kelompok Kuffar.. Tetapi Ahli Ibadah..Mereka membacakan ayat Allah ketika melakukan pembunuhan..
Ibnu Katsir di dalam Al Bidayah Wal Nihayah menceritakan ketika saat Khalifah Usman diserang, Ditikam sembilan kali di dadanya, Amr Bin hamiq melafazkan kata
أما ثلاث منهن فلله وست لما كان في صدري عليه...
".. Adapun tiga tikaman ini kerana Allah dan enam tikaman kerana dendam di dalam dadaku ”...
manakala Saidina Ali dibunuh ketika waktu Subuh, Ketika mahu Melaungkan Azan Subuh di Masjid, Pada hari yang Mulia Hari Jumaat, dalam bulan yang mulia, bulan ramadhan.. Ketika Abdul Rahman Bin Muljam yang juga dikenal sebagai al muqri, Ahli Quran.Tokoh Quran yg dihantar ke mesir oleh saidina Umar..ketika dia ditangkap, dia meronta ronta sambil menjerit ayat 207 Surah Al Baqarah..
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
" Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya "
Semua peristiwa pembuhan ini datang dari kelompok ahli Ibadah(Khawarij) mereka merasakan mereka membunuh..Berkhianat itu kerana Allah..dan mempergunakan ayat ayat Allah..
Jadi fahamkan kita, Kenapa Nabi mengingatkan berulang kali akan bahaya kelompok Khawarij ? Itu sebab Nabi mengulang ngulang supaya kita memerangi mereka... Dalam satu hadis Nabi mengulangi 3 kali supaya kita memerangi mereka..
sabda Rasulullah SAW:
يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ
Maksudnya: “Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…”
Riwayat Ahmad
Jadi fahamkan akan bahaya kelompok ini.. Jangan sesekali mempercayai mereka..
Tazkirah Ramadhan
Mei 2020
Ipohmali