Sepatutnya sbg ulamak, tunjuk akhlak dan perangai yg baik, tiada perasaan dengki dan merendahkan org lain. Sbb itu, aku kata ini perangai lebai bkn ulamak. Semua yg dia kata kat org lain, semua Allah tunjukkan kat dia adalah sebaliknya.
Dulu, dia pernah kata, umno ni lebih jahat dari Dap. Lawan umno itu jihad, dan kalau mati, boleh mati syahid. Akhirnya, dia tebalkan muka jilat ludah dia dan peluk erat umno.
Dulu, sewaktu PR Sgor mahu Wan Azizah jadi MB Sgor gantikan TS Khalid Ibrahim, lebai Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB. Akhirnya, Allah tunjukkan Wan Azizah diangkat bukan Sbg MB, tetapi TPM.
Hadi pernah lekehkan Tun M. Sewaktu PH mengumumkan bahawa Tun M akan dilantik sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, Hadi Awang kata Tun M ni layak jadi Doktor di Klinik 1 Malaysia saja. Allah Tunjukkan Tun M skrg jadi PM untuk kali kedua.
Hadi jadi apa? Jadi MP Marang sejak berpuluh tahun. Jadi MB Terengganu pun sepenggal. Bila dah bersama Umno sekarang, Hadi masih tidak jadi ketua sbb semua tahu standard Hadi. Dia cuma boleh bercakap soal haid dan nifas saja.
Jadi, berhentilah dari bersikap ego dan sombong serta suka merendahkan orang lain. Terbaru dia kata, Anwar tidak layak jadi PM. Itulah kerja Hadi, menilai org lain. Dia hina Tun M, tapi dia lah lebai pertama ketuk opis Tun M. Tidak malukah?
WFAUZDIN NS