MOKHTAR SENIK BACA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN DAP TAPI TIDAK BAWA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PEROMPAK

MOKHTAR SENIK BACA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN DAP TAPI TIDAK BAWA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PEROMPAK-       oleh WAN FAUDZIN


Image result for mokhtar senik al maunah

Penjual agama, Mokhtar anak Senik ni menjawab kenyataan Adun Ketari, YB Rara yang menyebut bahawa meskipun beliau Dap tetapi masih sujud kepada Allah dan solat. Mokhtar anak Senik kata, Islam itu bukan solat saja tetapi tidak boleh bersekongkol dengan Dap yang menentang Islam, kata lebai penjual agama ini.
Wahai Mokhtar anak Senik, hujah kamu tu ke laut dan memperlihatkan kebodohan kamu lebih besar dari serban kamu. Pertamanya, kamu tuduh Dap penentang Islam tanpa bawa hujah pun. Keduanya, kamu lupa parti kamu lebih dahsyat sesatnya apabila bersekongkol dengan parti perompak yang terbukti telah pun merompak sehingga negara ini musnah. Ketiga, parti kamu terang-terang menyokong MCA dan MIC dan terbaru parti PBS yang kesemuanya parti2 itu terang-terang menentang hukum Islam. MCA, MIC dan PBS penentang hukum Hudud, bahkan Umno sendiri sokong Hudud sangatkah?
Kalau betul Dap itu menentang Islam, sejarah menunjukkan sejak Dap ditubuhkan, parti ini tidak pernah diharamkan oleh kerajaan yang 60 tahun dulu Umno sendiri perintah. Lojikkah parti yang menentang Islam dibenarkan wujud di negara ini yang di dalam Perlembagaannya Islam itu agama persekutuan? Mengapa tidak diharamkan parti Dap sejak Umno perintah berpuluh tahun dahulu?
Bila Mokhtar anak Senik ni mula rasa Dap ini menentang Islam? Sejak parti kamu berkawan dengan Umno kan? Berpuluh tahun parti kamu bersama Dap dan berapa ramai lebai2 kamu yang makan gaji dari tangan Dap sebelum ini? Dap tidak pernah kencing parti kamu macam Umno pernah kencing parti kamu. Dap tidak pernah buat konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" sebagaimana Umno pernah buat program dan konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" di Terengganu.
Sudah2lah Mokhtar anak Senik. Parti kamu sembang kencang macam nak jadi hero lawan Dap. Menyalak saja lebih tetapi bila Dap buka gelanggang, semua telor-telor lebai kecut dalam jubah, tidak berani bertanding lawan Dap. Takut kalah? Eh, bukankah Allah tidak tanya kalah atau menang, tapi Allah akan tanya, kamu lawan ke tidak Dap yang kamu kata menentang Islam itu?.

Simpanlah kebodohan kamu itu untuk kamu ajar kat anak2 murid kamu di pondok An Nur itu.
WFAUZDIN NS