Dua Kolonel Bersara RAMD serah borang sertai DAP


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menerima kunjungan dua pesara profesional kerajaan, Ahmad Ghazali Abu Hassan dan Mohamad Azudin Othman Fuad di Ibu Pejabat DAP dekat Kuala Lumpur.

Mereka masing-masing adalah Lt Kolonel Bersara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ditauliahkan pada 1974. 

Pertemuan hampir sejam tersebut antara lain membincangkan isu seputar politik semasa dan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Mereka turut mengisi borang keahlian
Bekas pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Ahmad Ghazali Abu Hassan.
DAP dan berikrar membantu kempen calon Pakatan Harapan pada PRK berkenaan.
Dalam temu bual ringkas, Ahmad Ghazali yang tidak pernah menyertai mana-mana parti berkata, beliau memilih DAP kerana kecekapan yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan dalam menjalankan tanggungjawab.

“Dalam hal kecekapan, tiada (parti) yang boleh tandingi DAP. Ia berpegang teguh kepada perjuangannya.

“DAP boleh menjadi teras kepada Pakatan Harapan,” katanya yang juga bekas pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Mohamad Azudin pula menyifatkan DAP sebagai parti yang telus, berintegriti dan bebas rasuah.

“Siapa yang terlibat rasuah dalam DAP? Berikan saya nama kalau ada.

Lt Kolonel Bersara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mohamad Azudin Othman Fuad.
“Dia cakap pasal (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) punya rumah. Rumah selekeh itu, kamu tengok rumah (pemimpin) lain, macam istana,” katanya.


Turut hadir adalah Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong.