Perkira mahu polis siasat Zahid isu kebanjiran pendatang
Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) hari ini membuat laporan polis berkaitan masalah kebanjiran pekerja asing, termasuk pendatang haram, ke negara ini.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah mendesak pihak berkuasa menyiasat bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Zahid Hamidi serta agen-agen yang terlibat.
“Pekira mohon kerajaan baru menyiasat bekas menteri KDN dan anggota keluarga yang terlibat dalam kelulusan pekerja asing dan peningkatan PATI di negara ini, serta agen-agen yang bersekongkol degan bekas menteri KDN,” katanya.
Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Parti itu ditubuhkan tahun lepas yang antaranya dilapor menyasarkan pengundi muda atas dan pagar serta menyokong kerajaan BN sebelum ini.
Ia diasaskan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang aktif bersuara dalam isu-isu peniaga kecil.
Zahid sedang berdepan saat genting berdepan beberapa pencabar, termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, untuk pertandingan merebut jawatan presiden Umno hujung bulan ini