Azmin pengarah pilihan raya PH, langkah mundur ke belakang – GAH
Begitu juga perlantikan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin sebagai Ketua Wanita PH merupakan percaturan yang tidak menyelerakan, malah Zuraidah bukan lagi Ketua Wanita PKR.
Perlantikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan (PH) pada 10 Ogos 2017 disambut dingin serta serta mengundang rasa kecewa aktivis-aktivis PH.
Menurut jurucakap NGO Gerakan Aktivis HARAPAN (GAH) Zanirun Baba, Ketua Wanita PH seharusnya disandang oleh ketua-ketua wanita parti komponen PH, bukannya pemimpin yang telah melepaskan jawatan tersebut.
“GAH beranggapan lantikan ini bukanlah langkah bijak dan sepatutnya tidak harus berlaku memandangkan sikap Azmin yang dilihat tidak meletakan kepentingan PH pada (mendahului) dirinya serta negeri yang dipimpinnya.
“Kredibiliti Azmin terhadap gabungan pembangkang di dalam beberapa pengurusan pilihanraya akhir-akhir ini termasuk Pilihanraya Negeri Sarawak juga dilihat gagal menyatukan kekuatan yang padu (PKR meletak calon di kawasan DAP) bagi melawan Barisan Nasional (BN).
“GAH mengambil sikap serius mahu melihat perubahan besar oleh kumpulan Azmin, untuk terlebih dahulu akur dengan pandangan penyokong PH daripada GAH.
“Beliau harus membina sekretariat PH diperingkat negerinya (Selangor) terlebih dahulu dan mengharapkan beliau membuang sikap rektorik sebelum memimpin pilihan raya PH diperingkat nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan.