Apa masalah Pas sebenarnya?
Adakah Pas masih keliru tentang keperluan menukar kerajaan yang sedang dipimpin Najib Razak sekarang ini, meskipun jika kita bertanya kepada 10 rakyat, tujuh atau lapan daripadanya tidak lagi berkenan dengan UMNO dan BN?
Kalau Pas merasakan menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, apakah jaminan bahawa mengekalkan lagi kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib yang dikenali sebagai kleptokrasi ini tidak membawa lebih banyak keburukan kepada rakyat dan negara?
Antara keburukan yang sudah nyata dengan kebaikan yang belum pasti, yang mana patut ditolak dahulu?
Jika benar menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, kenapa Pas sendiri tidak mengumumkan secara terbuka sokongannya kepada UMNO dan BN yang sedang bergelut untuk mempertahankan kerajaannya daripada dijatuhkan?
Bukankah lebih baik dan "lebih jantan" jika Pas nyatakan saja sokongan terbuka atau umumkan bergabung terus dengan UMNO jika merasakan menukar kerajaan tidak membawa kebaikan?
Kenapa Pas perlu berselindung di sebalik blok ketiga dan Gagasan Sejahtera jika benar kerajaan yang ada lebih diyakini boleh membawa kebaikan?
Kenapa agaknya sejak bersendirian ini, Pas semakin caca-marba, tidak ketahuan dan tidak menentu hala tujunya?
Pas oh Pas...mengapa begitu malang nasibmu? (ShahbudinHusin 12/06/2017)